Posted on November 23, 2021
Siapa tidak kenal dengan penyanyi solo yang semakin meningkat naik namanya, Gaho. Suaranya cukup popular mendendangkan lagu-lagu OST antaranya “Start Over” untuk drama “Itaewon Class”. Bukan itu sahaja, Gaho turut menjadi bualan ramai kerana sering membuat ‘cover’ lagu-lagu K-Pop popular di Youtube. Kali ini dia hadir dengan hadiah istimewa buat peminatnya. Dia tampil dengan album penuh pertamanya berjudul “Fireworks”.
“Fireworks” yang bakal dilancarkan pada hari ini 23 November jam 6 petang (waktu Korea) dikatakan akan menjanjikan yang terbaik buat peminat yang sekian lama menunggu. Syarikat rakaman Planetarium Records (PLT) turut memuat naik video berupa teaser di platform media sosial mereka. Menerusi video tersebut, kita dapat lihat mainan runut bunyi yang agak addictive di waktu permulaan diikuti dengan tampilan objek-objek muzik dengan tulisan tertera “Fireworks” dan “Gaho”. Seperti sebuah iklan komersial yang sangat eye-catchy! Bukan itu sahaja, ada juga scene di dalam video ini yang menunjukkan objek seperti suis dengan perkataan seperti ‘Producing’, ‘Composition’, ‘Lyrics’ dan ‘Arrangement’ menandakan bahawa Gaho turut terlibat dalam setiap proses pembikinan album ini.
Baru-baru ini, pihak PLT telah memuat naik barisan lagu yang tersenarai di dalam album “Fireworks”. Ini termasuk lagu popularnya sebelum ini iaitu “Rush Hour” dan “Ride”.
Ikuti temu bual eksklusif STAIL.MY bersama Gaho di bawah, bercerita lanjut tentang album terbarunya ini. Bukan itu sahaja, kami turut bermain quiz First Time Tag bersama!
Jangan lupa untuk sama-sama sertai countdown pelancaran album Gaho hari ini jam 6 petang!
Gambar oleh: INNEXTTREND Entertainment
Penyelaras: Global PR and Marketing by MJ Tonz Entertainment
Apa pandangan anda?