Posted on December 2, 2020
Mahukan sedikit kelainan atau mahu mencari ketenangan setelah penat seharian menghadap kerja yang tidak pernah habis? Kami cadangkan kamu layan 5 lagu Kpop berentak perlahan sebagai penyedap halwa telinga kamu. Daripada kumpulan ikonik BTS hinggalah ke kumpulan TREASURE, yang baru-baru ini dinobatkan sebagai kumpulan Rookie of The Year di majlis anugerah Asia Artist Awards 2020, kami ingin memperdengarkan lagu yang mempersembahkan sisi lembut dan sentimental artis-artis ini.
1- BTS – Life Goes On
빌보드 1위!!!!! 감사합니다 💜
(오랜만에 우리 윤기형이랑 같이💜)#LifeGoesOn1onHot100 pic.twitter.com/EG0BRURMnZ— 방탄소년단 (@BTS_twt) December 1, 2020
Setiap pencapaian mereka membanggakan. Sebelum ini mereka meraikan dalam sejarah selepas menjadi artis pertama daripada Korea Selatan yang mengungguli carta pertama Billboard menerusi lagu ‘Dynamite’. Tidak berakhir di situ, baru-baru ini mereka diumumkan tercalon di Anugerah Grammy untuk kategori Best Pop Duo/Group. Dan semalam, mereka dikejutkan lagi dengan berita menggembirakan apabila lagu Life Goes On yang baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas, kini mengungguli tempat pertama carta Billboard 100. Agak membanggakan kerana ini adalah lagu Kpop, berbahasa Korea pertama yang mencipta sejarah. Lagu ini boleh dikatakan promosinya tidak sehebat Dynamite namun BTS dan ARMY berjaya membuktikan sebaliknya. Tahniah!
2- TREASURE – Orange
Satu lagi pencapaian yang membanggakan untuk kumpulan rookie serta peminat mereka, Treasure Maker (TEUME). Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Asahi dengan bantuan Haruto (lirik) ini antara lagu berentak perlahan terbaik dicipta tahun ini. Nampaknya YG Entertainment sesungguhnya memberi peluang kepada artis muda mereka untuk mempersembahkan bakat yang langsung tidak disia-siakan. Bukan itu sahaja, Asahi juga diberi peluang untuk memperkembangkan skil melukisnya dengan menghasilkan poster teaser untuk lagu Orange ini. Kami berharap satu hari nanti, apabila pandemik ini berakhir, kita boleh terbang ke Korea dan menonton konsert pertama TREASURE!
3- Crush Feat Taeyeon – Let Me Go
Ini title single untuk album mini Crush, “with HER”, lagu “Let Me Go” ini dia pilih untuk berduet bersama Taeyeon. Malah, Crush turut berkolaborasi bersama beberapa artis wanita lain untuk album mininya ini. Pernah berduet pada 2016 menerusi trek “Don’t Forget”, kali ini pasangan duo ini bersatu kembali. Bayang sahaja paduan dua suara yang cukup bertenaga dan enak digabung bersama ini, sudah tentu menjadi halwa telinga yang mendengar. Crush popular dengan lagu “Beautiful” untuk soundtrack siri Goblin, manakala Taeyeon pula salah seorang ahli kumpulan Girls’ Generation dengan lagu Kpop seperti “Gee”, “Mr. Taxi” dan “The Boys”
4- DPR IAN – So Beautiful
DPR IAN atau nama sebenar Christian Yu, melancarkan single solo pertamanya berjudul “So Beautiful”. Dia salah seorang krew DPR yang lebih banyak memegang tugas sebagai Pengarah, Penerbit, Ketua Editor serta Penyanyi untuk produksi DPR (Dream Perfect Regime). Jika kamu peminat DPR, pasti kamu mengenali setiap ahli mereka ini. Namun, buat kamu yang tidak kenal Ian, mungkin kamu perasan, baru-baru ini dia turut muncul dalam muzik video terbaru CL berjudul, +5 STAR+. Tonton muzik video “So Beautiful”, kamu akan melihat penampilan cameo CL di dalam ini. Konsep lagunya yang cukup dark dan penuh emosi, inilah dia DPR IAN, yang sering tampil dengan estetikanya yang tersendiri jauh berbeza daripada muzik K-Pop yang biasa kamu dengar.
5- Sogumm & 10CM – Encourage
Sogumm, tidaklah begitu asing namanya di dalam industi muzik Indie Korea Selatan, namun namanya mula mendapat perhatian apabila dia memenangi program cari bakat <SignHere> yang dihasilkan oleh agensi AOMG. Baru-baru ini Sogumm tampil dengan single terbaru berjudul “Encourage” dan berduet bersama 10CM. Lagu berkisar kisah cinta pasangan yang punya gaya komunikasi dan mengamalkan hubungan yang jauh berbeza daripada cara hubungan percintaan normal. Dan ini kolaborasi pertama antara mereka berdua, namun kita sudah dapat saksikan keharmonian suara yang tercipta. Pada kami, ini paduan suara terbaik dan sedap didengar tidak kiralah kamu ini peminat mereka ataupun tidak.
Apa pandangan anda?