Posted on February 26, 2021
Kumpulan WEi kembali dengan album kedua, “IDENTITY: Challenge” . STAIL berpeluang untuk menemu bual mereka secara eksklusif berkongsi kisah di sebalik pembikinan album langsung bercerita tentang personaliti setiap ahli kumpulan serta keterujaan mereka menyampaikan mesej untuk RUi (nama panggilan yang diberikan kepada peminat mereka) di Malaysia.
WEi, terdiri daripada enam orang iaitu JANG DAE HYEON, KIM DONG HAN, YOO YONG HA, KIM YO HAN, KANG SEOK HWA dan KIM JUN SEO.
Ceritakan serba sedikit tentang album kedua ini?
WEi: Comeback kali ini boleh kami katakan album yang lebih bertenaga dan berkeyakinan, penuh dengan kisah aspirasi tentang cabaran dan kepayahan yang telah kami lalui.
Bagaimana pula dengan konsep album ini?
WEi: Jika album debut kami lebih menunjukkan kepelbagaian melalui dua aspek dalaman, album kali ini pula menonjolkan sisi penampilan maskulin dan penuh bertenaga buat peminat melalui konsep tertentu yang memberi cabaran kepada WEi.
Boleh perkenalkan setiap lagu yang terkandung di dalam album ini?
WEi: Pertama sekali, album ini terbahagi kepada lima trek iaitu ‘All Or Nothing (Prod. JANG DAE HYEON)’, ‘Breathing’, ‘Dancing In The Dark’, ‘Diffuser’ dan ‘Winter, Flower’. Dan di dalam setiap lagu, kami sampaikan dan ekspresikan dengan cara yang berbeza-beza. Jadi kami harap peminat serta pendengar dapat menikmati dengan baik album kami ini.
JANG DAE HYEON
Boleh kamu ceritakan pula tentang title track untuk album ini?
WEi: Ini adalah lagu genre jenis hybrid trap yang menggunakan skala oriental dengan paduan rap dan vokal dinamik secara harmoni. Ini adalah lagu yang diselaraskan dengan lirik yang mengandungi martabat (keyakinan) WEi sekaligus menonjolkan penampilan yang mencabar.
KIM DONG HAN
Bolehkah setiap daripada kamu kongsikan bersama kami, apakah yang ingin kamu tunjukkan secara peribadi kepada peminat melalui album ini?
JANG DAE HYEON : WEi tidak gentar untuk terus maju ke hadapan dan kami juga mampu membawa imej seksi dan memberi persembahan yang penuh bertenaga.
KIM DONG HAN: Saya mahu tunjukkan kuasa WEi.
YOO YONG HA: WEi ternyata mampu membawa pelbagai jenis konsep.
KIM YO HAN: WEi terbukti memiliki pelbagai jenis bakat dalam melakukan pelbagai jenis benda.
KANG SEOK HWA: Saya ingin tunjukkan sisi imej yang mencabar daripada WEi.
KIM JUN SEO: Pemulihan dan peningkatan itu baik, tetapi dalam masa sama, saya juga ingin tunjuk bahawa kami juga mampu tampil hebat di atas pentas.
YOO YONG HA
Apakah impresi pertama kamu terhadap ahli kumpulan WEi yang lain?
JANG DAE HYEON: Mereka ini semuanya sungguh baik berbanding impresi pertama saya terhadap mereka.
KIM DONG HAN: Sebelum ini kami semua tidak pernah berjumpa, namun itu tidak menjejaskan hubungan kami. Kami mudah rapat dan berkawan tanpa ada perasan canggung.
YOO YONG HA: JANG DAE HYEON nampak sungguh dingin dan menakutkan. KIM DONG HAN pula secara fizikalnya amat besar. Untuk KIM YO HAN, dia nampak sungguh tampan menyarungkan kot biru waktu itu. KANG SEOK HWA pula comel seperti seekor anak ayam. Manakala KIM JUN SEO kelihatan sangat baik.
KIM YO HAN: Kesemua mereka sangat baik dan tampan.
KANG SEOK HWA: Kesemua mereka seakan memberikan saya suatu aura bahawa mereka adalah insan-insan yang berharga yang akan sentiasa berada bersama saya.
KIM JUN SEO: Saya ingatkan ketika itu KIM YO HAN sertai syarikat rakaman kami sebagai seorang pelakon. Dia kelihatan sangat tampan.
KIM YO HAN
Apakah pengalaman paling kamu ingat sewaktu dalam proses persiapan comeback kalian?
JANG DAE HYEON: Ketika kami memilih tajuk-tajuk lagu untuk album kedua ini.
KIM DONG HAN: Saya setiap masa teruja dan gembira sepanjang persiapan comeback kami ini.
YOO YONG HA: Sewaktu penggambaran muzik video!
KIM YO HAN: Ya, ketika penggambaran muzik video!
KANG SEOK HWA: Ketika “All Or Nothing (Prod. JANG DAE HYEON)” dipilih sebagai title song album kami.
KIM JUN SEO: Ketika pertama kali saya mendengar “All Or Nothing (Prod. JANG DAE HYEON)”. Saya ingin sekali menyampaikan lagu itu di atas pentas.
KANG SEOK HWA
Seperti kita tahu, ‘RUi’ adalah nama panggilan buat peminat kalian, apakah makna di sebalik ‘RUi’ itu?
WEi: Nama fandom kami dipilih oleh peminat kami sendiri. Untuk pengetahuan kamu, ada bintang yang dipanggil ‘RU’ dan ‘WE’. ‘RU’ adalah bintang ke-16 daripada 28 buruj, manakala ‘WE’ adalah yang ke-17. Mereka memberi nama yang sangat indah ini dengan maksud ‘RUi’ yang akan memimpin dan menerangi jalan di hadapan kami.
KIM JUN SEO
Akhir sekali, ada ucapan yang ingin disampaikan buat RUi Malaysia?
JANG DAE HYEON: Terima kasih kerana telah menyokong kami dari jauh. Saya berharap agar semuanya akan menjadi lebih baik. Dan saya ingin sekali berjumpa dengan ‘RUi’ di Malaysia. I love you.
KIM DONG HAN: Ayuh bertemu satu hari nanti! 💕💕
YOO YONG HA: Saya teringin untuk bertemu ‘RUi’ di Malaysia! Semoga kita dapat berjumpa dan mencipta memori yang menggembirakan.
KIM YO HAN: Terima kasih kerana sudah menunggu kami dan jaga kesihatan sehingga kita dapat berjumpa. Ayuh saling menyokong dan mendorong antara satu sama lain!
KANG SEOK HWA: ‘RUi’ di Malaysia! Saya cintakan kalian. Terima kasih. Saya ingin berjumpa kamu semua. Ayuh berdoa semoga kita dapat berjumpa nanti dan sama-sama menikmati persembahan bersama serta dapat berkomunikasi!
KIM JUN SEO: ‘RUi’ di Malaysia! Tunggu kami! Kami akan datang berjumpa kamu!
Penyelaras: Will Kim / MAXPERIENCE (MPE) / www.maxperience.asia
Apa pandangan anda?