Posted on November 20, 2020
Pencarian yang sudah hampir berakhir, kempen #EcoBeautySquadMY saat ini sedang lagi dalam pusingan separuh akhir. Jenama kecantikan Korea, The Face Shop, meneruskan lagi pencariannya dalam melahirkan personaliti muda yang boleh mewakili etos kecantikan sebenar dan semula jadi untuk jenama mereka. Menyaksikan 30 peserta terpilih daripada 100 pemohon asal yang disenaraipendek kini dalam rebutan untuk memenangi serta menjadi wajah kepada kempen ini.
Menurut Steven Jeong, Pengarah Perniagaan LG Household & Health Care Sdn Bhd,
Kami sangat teruja dengan kualiti wanita dan lelaki muda berbakat yang telah menyahut seruan kami untuk kempen #EcoBeautySquadMY ini, apatah lagi melihat semua peserta juga teruja untuk tampil menyerlah dengan keunikan masing-masing. Ia sangat memberangsangkan apabila melihat ramai yang berkongsi falsafah kami dalam kecantikan semula jadi dan asli. Sementara kami meneruskan kempen ke peringkat separuh akhir dan akhir, kami berharap dapat memilih seorang pemenang Hadiah Utama sebelum tahun ini melabuhkan tirainya.
Objektif kempen ini adalah untuk menambah nilai murni pada setiap peserta. Seratus yang telah disenaraipendek pada mulanya akan menghadiri sesi bengkel maya. Bermula dengan kursus pengenalan, diikuti tiga sesi bertema. Selepas menjalani setiap bengkel ini akan berlakunya proses penyingkiran secara maya. Daripada 100 peserta akan berubah menjadi 70, kemudian 55 dan kini hanya tinggal 30 peserta yang bertanding ke peringkat separuh akhir.
Penampilan khas turut dimeriahkan oleh selebriti, usahawan serta penyokong pemerkasaan wanita, Venice Min, yang juga bertindak sebagai mentor kempen untuk setiap bengkel bertema. Venice akan membawakan demonstrasi secara langsung, percubaan produk praktikal dan cabaran bersasaran untuk peserta. Bukan itu sahaja, untuk kempen ini juga, pihak The Body Shop turut menyediakan penceramah jemputan berpengalaman untuk berkongsi nasihat dan tip.
Venice Min
Menurut Venice,
Kempen #EcoBeautySquadMY ini menjadi perjalanan yang indah bagi saya untuk berinteraksi dan berkongsi pengalaman saya bersama semua peserta dalam setiap bengkel. Memang nampak jelas perkembangan dalam kalangan peserta yang masih bertahan ini, dan bagaimana mereka benar-benar menerapkan apa yang dipelajari dalam setiap sesi.
Pastinya sangat sukar bagi hakim untuk memilih pemenang akhir, dan saya amat berbangga dengan mereka semua. Ini adalah pengalaman yang sangat bermakna bagi saya dan saya gembira dapat menjadi mentor mereka.
Peringkat separuh akhir yang akan berlangsung dari 16 hingga 22 November ini, peserta akan diuji menerusi cabaran dalam talian yang mana memerlukan mereka menerapkan semua pengetahuan yang telah dipelajari. Dan di akhirnya nanti, hanya 10 finalis bertuah akan kekal ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 12 Disember. Di situ nanti, bakal ada satu siri cabaran yang lebih menduga berbanding apa yang pernah mereka lalui sebelum ini. Penyokong juga berpeluang untuk mengundi finalis kegemaran masing-masing.
Pemenang Hadiah Utama akan menerima pakej Hadiah Utama yang komprehensif termasuk kontrak 12 bulan bersama THE FACE SHOP, bekalan rangkaian produk THE FACE SHOP untuk 12 bulan, sebuah kamera DSLR serta keahlian gimnasium selama setahun, dan kesemuanya bernilai sehingga RM20,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai The Face Shop serta kempen #EcoBeautySquadMY, sila kunjungi sini atau ikuti saluran media sosial rasmi di Facebook serta Instagram.
Antara Peserta Kempen #EcoBeautySquadMY
Chong Ming Li
EJ Lee
Tan Hang Jung
Charlene Wong
Iven Kawenda
Kiki Tan
Athina Kamarudin
Alexandrea Pinto
Aik Yin Hui
Apa pandangan anda?