Posted on April 21, 2020
Langkah potong kuku yang saya inginkan adalah seperti cara profesional. Sudah beberapa tahun kebelakangan ini saya tak pernah potong kuku sendiri. Asyik sahaja ke Nail Parlour kalau perlu memotong kuku. Manicure dan pedicure setiap dua minggu kerana kuku saya pula cepat panjang. Tetapi dalam tempoh PKP ini kalau saya tak potong sendiri memang alamatnya akan panjang membengkoklah kuku-kuku saya. Tempoh PKP pula tidak ditentukan lagi sampai bila.
Jadi minggu lepas, selepas bertahun-tahun berkunjung ke Nail Parlour bodohlah saya kalau tidak belajar dan tangkap cara betul untuk potong dan bentukkan kuku. Atau memang saya tak pernah tumpukan perhatian lah kalau saya tak pandai. Saya ikut bulat-bulat langkah potong kuku dan membentuk seperti yang selalunya Manilyn, manicurist tetap saya buat. Tetapi saya hanya setakat mampu potong dan bentukkan sahaja kerana langkah-langkah lainnya saya tak ada alat untuk membuatnya.
Tapi saya berjanji pada diri, selepas tamat PKP ini nanti saya akan beli alatan yang diperlukan untuk memberi pengalaman profesional. Sekurang-kurangnya saya akan dapat kurangkan perbelanjaan untuk memotong kuku dan berjimat. Pun begitu bagi kamu yang inginkan langkah potong kuku ibarat profesional, di sini saya senaraikan 10 langkah untuk mendapatkan hasil yang sama menurut celebrity manicurist Deborah Lippman.
1. Jangan potong lurus
Gunakan pemotong kuku melengkung. Pemotong ini memang direka untuk kuku terutamanya buat jari kecil. Pemotong besar itu untuk ibu jari yang lebih besar. Walaupun menggunakan pemotong melengkung, kamu masih harus potong mengikut sudut kerana lengkungan pada pemotong tidak padan dengan lengkung kuku. “Potong lurus akan membengkokkan kuku dan merosakkanya,” kata Lippmann. Kamu sepatutnya klip beberapa kali untuk satu kuku.
2. Kuku seharusnya sama dengan kutikel
Kalau kamu tengok, bentuk kutikel kamu kan sedikit bujur. Ya, jadi kuku kamu sepatutnya sama bentuk dengan kutikel itu. Mungkin kuku lebih lebar daripada kutikel jadi kamu harus bentukkannya sedikit. Hasil optimum ialah untuk bentuk kuku sebagai cermin kepada kutikel kamu.
3. Tinggalkan sedikit bahagian putih
Untuk panjang kuku, perlu ada sedikit bahagian putih – ruang di mana kuku mula berpisah dengan kulit yang dilindunginya. Satu atau dua milimeter.
4. Asah kuku dengan betul
Kamu pasti tidak akan mendapat kuku yang licin dengan hanya memotongnya sahaja. Itu baru langkah pertama. Mesti belajar gunakan emory board file. “Board file ini yang memberi kesan rata, bentuk sempurna,” kata Lippmann. Licinkan permukaan kuku dengan board file selepas memotong atau gunakannya setiap beberapa hari agar panjang kuku kekal pada kepanjangan yang kamu mahu.
Nasihat Lippmann mulakan dari tepi kuku bawa ke tengah pada satu arah sahaja. Ulang pergerakan ini. “Ingat mesti lembut agar kuku tidak pecah,” tambahnya lagi. Sudutkan sedikit pengasah pada kuku, kalau boleh di bahagian bawah kuku. “Ini membolehkan kamu nampak apa yang kamu buat dan tidak over-filing,” kata Lippmann.
5. Mesti ambil berat tentang kutikel juga
Tolak dan potong kutikel kamu setiap minggu. Ini akan mengelakkan daripada kuku lebihan daripada tumbuh. Banyak pemotong kuku datang dengan penguis lebihan kulit dan potong. “Kutikel melindungi kuku daripada jangkitan, jadi kalau dipotong tak betul akan membiakkan bakteria dan fungus dalam kuku.”
6. Jaga-jaga dengan lebihan kuku
Andai kamu kerap menumpu pada kutikel, lebihan kuku akan mudah terbentuk. Kalau ini berlaku, hanya potong lebihan kulit sahaha. Berhenti di dasar lebihan kuku. Serius, berhenti di situ sahaja.
7. Pertimbangkan mengilatkan kuku
Kalau mahu nampak seperti pro, gunakan file yang lebih lembut untuk membuang lapisan atas permukaan kuku. Ini akan membuat permukaan kuku bersinar. Selalunya set mengilat ini akan ada sistem nombor mengikut turutan.
8. Bersihkan bawah kuku
Ini bukan sahaja patut dilakukan selepas memotong kuku tetapi setiap hari. Gunakan kuku sendiri atau gunakan cuticle pusher dan bersihkan bahagian dalam kuku. Jangan keterlaluan bimbang tertusuk pada isi kuku. Aduhhhh!!!
9. Lembapkan kuku dan jari
Sapu losen tangan setiap hari. Dan pastikan sapu sekali pada kuku juga. Ia akan mengekalkan kuku bersinar dan kuat, selain mengelakkan lebihan kuku pada kutikel.
10. Sebagai pelindung pakai sarung tangan selalu
Jika membuat kerja-kerja rumah seperti berkebun atau mengangkat kotak berat, tak rugi memakai sarung tangan pelindung. “Lebihan kuku dan kutikel koyak antara kesan membuat kerja-kerja berat,” kata Lippmann. “Seiring masa, ini akan membuat tangan tua sebelum waktunya.” Lebih-lebih lagi kalau di negara beriklim sejuk.
Kalau tak sia-sia sahaja semua langkah potong kuku yang kamu amalkan ini!
Apa pandangan anda?