Posted on October 15, 2020
Siapa yang tidak tahu tentang jenama penjagaan kulit holistik nombor satu di Korea ini? Sulwhasoo antara jenama mewah yang menjadi pilihan ramai bukan sahaja masyarakat Korea malah seluruh dunia. Dan apabila mereka mengumumkan pelancaran serum baharu, Concentrated Ginseng Renewing Serum, saya menjadi ekstra teruja. Untuk pengetahuan kamu, saya adalah pengguna tetap serum signatur mereka, Sulwhasoo First Care Activating Serum EX.
Mina Kim, Ketua Bahagian Sulwhasoo
Lebih mengujakan, kali ini kami wakil media dari Malaysia dijemput untuk sertai pelancaran global ini secara langsung dari Korea. Melalui aplikasi Zoom, pihak Sulwhasoo HQ menjemput media juga barisan influencer Malaysia dan Singapura. Majlis pelancaran dimulakan dengan ucapan istimewa daripada Mina Kim, Ketua Bahagian di Sulwhasoo. Kemudian diteruskan pula dengan ucapan serta penerangan khas daripada Sowoong Choi, Penyelidik Kanan di Pusat Warisan & Sains Sulwhasoo, tentang punca kulit menua, kandungan utama serta teknologi di sebalik produk ini. Selain itu, ada beberapa penerangan dengan lebih lanjut turut diterangkan oleh Stella Min, Pengurus Pemasaran Global Sulwhasoo.
Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum
Serum konsentrasi ini memiliki fungsi serta bahan kandungan antipenuaan yang cukup tinggi dan berkualiti yang digelar Ginsenomics™. Untuk pengetahuan kamu, pihak penyelidik di bahagian Pusat Warisan & Sains Sulwhasoo telah meneliti ramuan perubatan oriental yang amat jarang dijumpai ini selama lebih 50 tahun dan ianya bermula daripada bahan seperti ginseng Korea. Dan antara kesemua ramuan perubatan herba yang dijumpai, Sulhwasoo memberi tumpuan lebih kepada ramuan ginseng. Ini kerana ia memiliki teknologi uniknya dalam mengesan bahan aktif dengan kesan antipenuaan hebat dan kemudiannya disebar baik pada kulit.
Stella Min, Pengurus Pemasaran Global Sulwhasoo
Menerusi kajian ini, mereka menemukan Ginsenomics™. Bahan yang sangat efektif tindak balasnya terhadap kulit. Daripada hanya merawat satu dimensi antipenuaan, serum ini jauh lebih hebat daripada itu. Ia mampu menyasarkan kepada tiga jenis rawatan iaitu memulih, meyokong serta memperkuatkan lagi kulit. Seperti yang saya katakan tadi, daripada hanya meningkatkan keanjalan luaran kulit secara satu dimensi sahaja, serum ini mampu memberikan rawatan penyasaran mikro tiga kali ganda yang mana ia mampu menjadikan kulit lebih tegang menerusi ramuan Ginsenomics™. Dalam masa sama, ia turut membantu mengurang serta memperbaiki tanda-tanda kedutan yang kelihatan di wajah. Selain itu, Ginsenomics™, sejenis Saponin yang jarang ditemui ini memiliki kadar konsentrasi sebanyak 6,000 kali ganda berbanding ginseng biasa. Maka, boleh dikatakan ia cukup hebat dalam merawat kulit wajah dari luaran baik dalaman.
Temubual Bersama Sowoong Choi, Penyelidik Kanan di Pusat Warisan & Sains Sulwhasoo
Sowoong Choi, Penyelidik Kanan di Pusat Warisan & Sains Sulwhasoo
Kami tahu ginseng amat sebati dengan Sulwhasoo, malah jenama ini turut menjadikan ginseng sebagai bahan utama dalam mencipta produk penjagaan wajah yang cemerlang. Jadi, boleh kami tahu mengapa Sulwhasoo amat fokus kepada kajian ginseng sebagai ramuan hero berbanding herba Korea-Cina yang lain seperti beri Goji, cordyceps, kurma merah dan sebagainya?
Seperti yang kamu sedia tahu, Sulhwasoo ada menggunakan ramuan herba perubatan serta tumbuhan lain. Kecuali Cordyceps, kerana ia berasal daripada haiwan. Dan antara semua itu, ginseng adalah tumbuhan paling ideal untuk merawat antipenuaan. Dan ini juga kerana, ginseng adalah solusi terbaik yang telah diselidik oleh Sulwhasoo.
Bagaimana Sulwhasoo memilih dan meletakkan sesuatu ramuan utama itu pada produknya?
Sulwhasoo menganalisis pelbagai jenis ubatan tradisional Cina dan ubatan tradisional Korea melalui buku, preskripsi dan kertas Sains menggunakan kaedah analisis data besar seperti ‘Data-mining’. Pada asasnya, ia mengumpulkan dan mengklasifikasikan data mentah yang datang daripada peraturan data besar yang disediakan oleh sudut pandang farmakologi. Kemudian dari situ, kami memilih calon ramuan atau bahan kimia yang dibenarkan, selepas itu menyaring serta mengesahkan keberkesannya menerusi alat bioteknologi moden.
Sulwhasoo Concentrated Ginseng Renewing Serum RM690/50ml
Apa pandangan anda?