Posted on June 12, 2020
Heboh gambar guru berkebaya viral dua hari lalu di media sosial. Teman saya bertanyakan sebab gambar ini viral. Jawapan saya mungkin banyak yang mendambakan wanita Malaysia masih berketerampilan sebegini sampai waktu ini. Ini gambar guru-guru yang baru nak mendaftar di Maktab Perempuan Melayu Melaka. Mereka semua berkebaya senteng ketat mengikut tubuh. Pada saya mereka nampak sungguh chic dan moden. Ia melambangkan imej wanita Malaysia sejati dan gaya itu sungguh original.
Tidak seperti hari ini di mana kita sendiri tidak pasti lagi apakah imej wanita Malaysia sejati. Gaya wanita Malaysia hari ini sudah terlalu banyak bercampur-baur dengan imej-imej yang kita sendiri tidak tahu asal-usulnya. Nak kata dari Barat pun tidak, dari Timur Tengah pun tidak apalagi dari Asia. Dan ini berpunca daripada ‘propaganda Islamik’ (lebih tepat ‘propaganda Arabisasi’) yang melanda negara kita sejak bermulanya revolusi Iran pada 1979.
Teaçhers registration somewhere 1960's at Malacca Malay Women Training College or now also known as Maktab Perempuan Melayu Melaka.
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) June 9, 2020
Kredit to John Ang & Ku Shazrul Ku Saidin. pic.twitter.com/OALKdYvQ2Q
Revolusi Iran tercetus apabila Ayatollah Ruhollah Khomeini menggulingkan pemerintahan Raja Shah Mohammad Reza Pahlavi yang memerintah Iran sejak 1930. Revolusi Iran yang bermula pada 1979 menyaksikan Ayatollah mewajibkan semua wanita Iran memakai hijab dan menutup semua anggota tubuh mereka. Ini semata-mata kerana mahu mematikan cara Raja Shah yang liberal di mana dia mengharamkan pemakaian hijab dan menyama ratakan peluang untuk wanita sama dengan lelaki. Wanita boleh belajar di universiti dan menceburi bidang pekerjaan seiring dengan lelaki.
Revolusi Iran ini kemudian tersebar di banyak negara lain di dunia termasuklah di Malaysia. Kata teman ia bermula pabila Malaysia mula menghantar pelajar-pelajar ke Timur Tengah mendalami jurusan berkaitan agama Islam. Pelajar-pelajar yang pulang ini kemudian membawa budaya berhijab dan berniqab dari sana. Waktu itu juga terma-terma seperti ‘perempuan dakwah’ dan ‘hantu kum-kum’ banyak digunapakai dalam masyarakat kerana kelibat wanita-wanita berpurdah dan berniqab ini banyak kelihatan di jalanan.
Seperti komen dalam Twit yang dimuat naik Haziq Asyraf Jr seperti di atas, ada yang menulis,
Malaysia mula jadi lebih islamik bila ramai ustaz2 sekarang bekas pelajar2 agama dari timur tengah.
— Okay Bro (@kestevon) June 10, 2020
Bermula pertengahan 80an dh mula budak2 sekolah pakai baju kurung.. Kalau Sblm2 tu pakai uniform skirt pendek utk perempuan dn seluar pendek je bagi lelaki
— AkuAdalahAku (@rushdanrazak72) June 11, 2020
Tentunya pemain-pemain politik negara waktu itu menggunakan ‘propaganda Arabisasi’ demi menguasai rakyat yang merasakan propaganda ini amat tepat untuk gaya hidup penganut Islam. Maka semakin lama semakin hilanglah identiti dan imej wanita Malaysia yang serba chic dan moden seperti dalam gambar di atas. Jika kita dalami asal Revolusi Iran ini pun ia sebenarnya, pemakai hijab dan menutup seluruh tubuh ini sebenarnya adalah paksaan daripada Ayatollah yang mewajibkan pemakaiannya di kalangan wanita.
Tujuannya ialah untuk memadamkan cara liberal Raja Shah serta menarik balik kesamarataan antara wanita dan lelaki dan bukan berlandaskan cara Islam sebenar. Sayangnya rakyat Malaysia begitu mudah terpengaruh dengan propaganda ini tanpa memahami lebih mendalam erti Islam sebenar. Bermakna selama ini wanita Malaysia sebenarnya dipenjara oleh propaganda Ayatollah dan bukan cara hidup Islam.
Padahal cara hidup Islam itu sebenarnya lebih terarah kepada cara pemikiran kita bukanlah pada cara pemakaian.
https://twitter.com/prav101/status/1270587003742982145
Jika kita bercakap tentang orang yang melihat pun, jika minda mereka terbuka dan tidak memikirkan seks atau nafsu semata-mata letaklah apa juga bentuk gaya atau pemakaian sekalipun tidak akan mengundang apa-apa kejadian malang. Entah di mana sesetengah orang letakkan otak mereka dan pendidikan mereka pabila merasakan pemakaian kebaya ketat menunjukkan bentuk tubuh boleh menjurus kepada kes rogol atau menjolok mata. Nyata masalah adalah masalah orang yang melihat dan bukanlah masalah si pemakai.
Gambar Guru Berkebaya Viral
Saya melihat situasi ini terjadi kerana banyak antara kita sebenarnya yang mendambakan wanita Malaysia masih berpakaian sebegini. Banyak juga yang mahu berpakaian sebegini tetapi terbatas dek kekangan masyarakat. Ada juga yang turut serta dalam memuat naik gambar ini kerana terkenangkan saat-saat manis dan bebas zaman itu. Ia juga melambangkan zaman di mana cara pemikiran dan gaya hidup wanita Malaysia yang lebih moden dan liberal. Tidak ada satu pun yang saya lihat negatif tentang semua yang saya sebutkan ini. Ia juga mempamerkan betapa chic dan modennya rekaan kebaya.
Begitu universalnya rekaan kebaya ini dan moden serta chic membuatkan ia sebenarnya boleh dipakai semua wanita. Kerana itu ia sangat sesuai diangkat menjadi identiti wanita Malaysia. Tidak ada kena mengena sama sekali dengan kes rogol, menjolok mata atau kebaratan. Ini semua kenyataan yang dikeluarkan oleh akal yang dengkel.
Malaysia Airlines malah Singapore Airlines sampai menjadikan kebaya sebagai uniform pramugari mereka. Jika ia tidak memiliki ciri chic dan moden masakan sampai mereka boleh berbuat demikian. Sekali lagi, amat rugi sebenarnya kerana budaya pemakaian sebegini sudah hilang daripada jati diri wanita Malaysia. Semuanya kerana kita lebih mudah terpengaruh dengan Revolusi Iran dan propaganda Ayatollah serta pemain-pemain politik Malaysia daripada memahami secara mendalam erti penggayaan dan cara hidup Islam sebenar.
Apa pandangan anda?