Posted on January 3, 2018
Tahun baru menjelma lagi. Seboleh-bolehnya saya tak suka sangat berfikir tentang banyak perkara. Kerana bagi saya memikir terlalu dalam akan membuat kita risau. Seperti yang disebut peribahasa Inggeris ‘overthinking can make a person blind to beauty of life’. Jangan terlalu mengenang masa silam. Sesungguhnya kita tidak bisa mengubah apa pun. Barang yang lepas seharusnya hanya mengajar kita agar tidak lagi mengulang khilaf yang sama.
Saya lebih senang memandang ke depan. Kerana masa depan lebih menjanjikan. Malah dalam berjalan juga, kita berjalan ke depan. Perlu berjaga-jaga akan apa sahaja dugaan atau rintangan yang mungkin mendatang. Itu yang lebih penting. Memandanglah ke arah destinasi akhir yang mahu dituju. Jangan mudah terleka dan tersasar dari landasan yang memacu kita ke destinasi terakhir.
Kita harus jelas dengan arah tuju serta destinasi kita serta apa watak sebenar kita dalam perjalanan itu. Usah terlalu risau atau gentar akan dugaan atau kesukaran di sepanjang perjalanan kamu itu. Kerana menurut satu lagi peribahasa ada menyebut, ‘most worries never come true, they exist only within the mind’.
Pada ketika ini, masa depan yang saya nampak di hadapan saya hanyalah STAIL.MY. Masuk tahun ketiga, bayi saya ini tidak merangkak lagi. Tidak lagi bertatih atau berjalan tetapi sudah mula berlari. Tahun ini saya mahu lihat ia memecut laju. Kalau boleh pantas ke depan kerana masa tidak lagi menunggu kita.
Saya amat bersyukur teramat sangat dengan kesemua ahli sidang redaksi STAIL.MY. Merekalah membantu portal ini cepat belajar. Tak lama lagi mungkin bisa terbang tinggi melebarkan sayapnya. Harapan saya bukan setakat menakluk pasaran Malaysia tetapi juga Singapura, Brunei dan kemudian Indonesia. Hanya dengan cara ini, anak saya ini bisa menikmati pengalaman hidup serta berkongsi pula akan manis hasilnya bersama lebih ramai pembaca.
Buat Ardi Idewani, Ryan Mohamad, Zaidi Che, Amira Azman dan Ashura Hakim – kamu semua adalah masa depan saya. Saya kira samalah juga dengan Pengarah Kreatif juga Pengasas Bersama STAIL.MY, Merrissa Emilda. Kami berdua amat menghargai bakat, kreativiti, kebolehan dan semangat serta semua sikap baik dan positif yang kita kongsi bersama. Biar tak sampai setahun lagi kita bersama, telah banyak kenangan manis yang kita lalui. Saya harap bakal tersemat dalam ingatan kita sampai bila-bila.
Sempena kedatangan tahun baru ini juga saya rasa amat baiknya andai saya berkongsi 10 perkara yang kita semua patut cuba belajar ‘say no to’. Bukan apa, bagi saya ia bakal memudahkan kehidupan kita semua. Agar mata kita melihat ke arah masa depan lebih cerah. Agar kita hanya memfokus pada yang positif semata-mata. Semoga kita sama-sama dapat belajar daripadanya kerana kamu pembaca, juga adalah sebahagian daripada masa depan saya.
‘SAY NO TO…’
1
Mereka yang kata kamu tak boleh buat sesuatu perkara. Percayalah setiap daripada kita berhak dan mampu membuat apa pun dalam hidup kita ini. Asal sahaja ada kemahuan, pasti ada jalan. Hanya perlu pastikan cara terbaik untuk melaksanakannya. And to those people who don’t have anything nice to say, better don’y say anything at all, thanks.
2
Anasir-anasir negatif yang akan membebankan hidup kamu. Teman-teman toksik misalnya. Gosip yang tidak menyumbang apa-apa kepada kehidupan kamu. Kata-kata negatif yang menjatuhkan emosi dan perasaan kamu. Cakap atau janji kosong yang diluahkan hanya kerana mereka tidak ada bahan perbualan bagus yang mahu dibincangkan.
3
Perkara-perkara yang membuang masa. Jika pertemuan atau aktiviti kamu itu tidak akan membuahkan apa-apa hasil atau kolaborasi kreatif, saya rasa tak perlulah kot kita bertemu.
4
Loooooooooooooooooooooong meetings. Jika kamu baru nak duduk bersama dan brainstorm… hmmmm maaf ini bukan cara yang betul. Kamu seharusnya sudah memikir apa topik dan idea yang mahu dibincangkan sebelum bermesyuarat. Tujuan kamu bermesyuarat itu adalah untuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab bertindak terhadap sesuatu perkara. Seperti yang disebut Ketua Pengarang Vogue US, Anna Wintour, “Mesyuarat tak boleh lebih daripada lapan minit, maksimum.” Saya setuju.
5
BOSAN. Jangan benarkan aktiviti, pekerjaan, amalan atau kehidupan kamu menjadi sesuatu yang membosankan. Ini akan memusnahkan kamu. Kita hidup hanya sekali. Make the best out of everything dalam kehidupan kamu yang sekali ini. Dan pastikan semua benda yang kamu lakukan itu INTERESTING. Kalau tak, don’t bother!
6
Gentar atau takut dengan sesiapa pun. Kamu adalah kamu biar apa pun yang terjadi. Usah biarkan perasaan gentar dengan orang lain menguasai diri. Setiap daripada kita dicipta dengan keistimewaan tersendiri. Gunakan keistimewaan ini sebagai advantage dalam menguasai perasaan gentar atau takut terhadap insan lain.
7
KEPALSUAN. Kita tidak ada masa lagi untuk sebarang kepalsuan. Ia sangat meletihkan. Bayangkan terpaksa memakai topeng watak yang lain daripada diri kamu yang sebenar. Berlakon beberapa jam waktu bertemu orang atau menjalani kehidupan. Saya tak boleh. Apalagi kalau terpaksa berdepan dengan kepalsuan, lebihlah letih. Either you be yourself or just stay away!!!!!
8
UNHAPPINESS. Jika sesuatu perkara itu tidak membuat kamu gembira atau kata lain kamu tidak enjoy membuat sesuatu perkara, jangan buat! Kamu tak perlu paksa diri membuat sesuatu yang kamu tidak suka. Kita semua berhak melakukan hanya perkara yang membuat kita gembira. Sebab kalau tak, mengapa kamu perlu melakukannya? Untuk bersedih dan menyiksa diri? Tak payahlah.
9
KETERPAKSAAN. Jangan paksa diri dalam membuat apa sekalipun. Sebelum melakukan apa pun, tanya pada diri apakah saya rela melakukan perkara ini? Apakah saya akan jujur dalam melakukan ini? Kalau jawapan kamu TIDAK kepada dua soalan ini maknanya tidak perlu lah kamu membuatnya kerana ini bermakna kamu akan terpaksa dalam melaksanakannya.
10
IRRESPONSIBILITY. Setiap apa pun kejadian itu, kita semua yang hidup di dunia ada tanggungjawab dan fungsi. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, pada keluarga, pada teman-teman, pada kerja dan pada kehidupan. Kita semua ada komitmen. Kerana kalau kita tidak mahu komitmen, kita tidak layak hidup pun. Sama dengan hak, begitulah tanggungjawab. Jadi tolong setia dan taat pada tanggungjawab dan komitmen ini. Jangan abaikannya kerana pada saat kamu merasa mahu mengabaikan itu, adalah masa terbaik kamu ucapkan selamat tinggal pada dunia.
#normalisthenewavantgarde
Bulan ini kolum #normalisthenewavantgarde diteruskan dengan tiga lagi personaliti yang menggayakan helaian-helaian UNIQLO dengan cara tersendiri. Jom lihat apa idea Ashura Hakim, Roselyn Khan dan Shafira Dalina bersama look-look pilihan mereka.
ASHURA HAKIM, PENGARAH SENI
Kot labuh wool khaki dipadankan dengan kemeja stripes kuning cair dan seluar putih senteng. Padanan ton warna yang sempurna. Biarpun kot labuh wool tetapi cukup ringan untuk cuaca Malaysia. Semua helaian daripada UNIQLO.
SHAFIRA DALINA, EKSEKUTIF KANAN PERBANKAN
Walaupun Shafira lebih mementingkan keselesaan tetapi tidak bermakna penampilan tidak boleh avant garde. Normality padanan camisole, inner dan seluar daripada tiga warna berbeza ini masih tampil avant garde pabila dipadankan bersama. Semua helaian daripada UNIQLO.
ROSELYN KHAN, FASHION BUYER
Kemeja satin berkilau ini sesungguhnya nampak mewah apalagi dipadankan dengan seluar warna bertentangan. Terlihat sedikit aura rekaan Tom Ford di era 90-an dahulu. Gaya ini juga sesuai personaliti dan posisi kerjaya Roselyn yang perlu sentiasa on the go. Semua helaian daripada UNIQLO.
Apa pandangan anda?