Posted on February 19, 2016
Saya melihat wanita-wanita dalam industri seni kita hari ini. Saya juga memerhatikan wanita-wanita di jalanan kita. Saya kira dengan jari – tak sampai 10 (daripada beratus-ratus) yang benar-benar selesa dengan diri sendiri. Yang relaks dan tahu kemahuan diri. Yang tidak membiarkan dirinya diperkotak-katikkan dan senang ditolak ke kanan ke kiri. Yang bangun setiap pagi dan merenung ke dalam cermin sewaktu bersiap dan menyebut pada dirinya sendiri,
“No matter what other people say about how you look, you are beautiful. Inside and out.”
Banyak antara wanita hari ini yang insecure dengan diri sendiri. Sering menganggap diri tak cantik, “aku gemuk”, “kulit aku tak cantik”, “seluar ni akan buat punggung aku nampak besar”, “top ni akan buat aku nampak macam pear”, “warna ni akan buat aku nampak gila”. Sampai hati kamu membenarkan diri kamu berkata sebegitu kepada diri kamu sendiri? Tuhan menciptakan setiap wanita itu cantik sempurna. Biar apa pun kekurangan kamu, pasti ada yang cemerlang dalam diri kamu itu. Pernah tak kamu menghabiskan masa mencari kecemerlangan diri kamu instead of complaining and commenting on everything that could go wrong? Dalam pada wanita hari ini yang selalu ingin diletakkan kedudukannya sama dengan lelaki waima dalam struktur keluarga, kerjaya atau negara misalnya, bagaimana kamu boleh benar-benar mencapai status itu andai terlalu banyak sangat insecurity dalam diri kamu? Jika dalam banyak hal memerlukan kamu membuat keputusan, kamu sering termangu-mangu sukar membuat keputusan. Lebih teruk ada yang suka berubah-ubah fikiran. Tidak mahu memikul tanggungjawab menerima apa sahaja consequences yang terjadi atas keputusan itu tadi malah takut dipersalahkan andai anything goes wrong.
Ada pula yang sanggup membiarkan dirinya dipergunakan dan ditindas suami atau kekasih.
Yang ini lebih lah saya kesian. Bagaimana kamu boleh membiarkan diri kamu yang berharga itu diperlakukan sedemikian sedangkan setiap daripada kita ini sebagai manusia mempunyai hak masing-masing. Hak kita sebagai manusia tidak bergantung kepada lelaki atau sesiapa sahaja. Jadi mengapa kamu membiarkan diri kamu ditinda dan dikongkong suami atau kekasih. Kebanyakannya berkata kerana CINTA. Tapi kalau dia cinta kamu, dia harus memberi kebebasan yang berhak kamu miliki. Tidak pula disuruhnya bekerja mencari nafkah sedangkan dia di rumah goyang kaki dan cukup bulan minta rezeki (ada yang sampai semua sekali). Ish janganlah kamu memperbodohkan diri sendiri. Gunakanlah akal fikiran untuk berfikir dan mencari jalan penyelesaian supaya kamu dapat hidup bahagia kerana itulah hak kamu.
Jadi saya kira Deanna dan Cristina adalah wanita yang layak diangkat sebagai wanita STAIL.MY. Kerana kedua-dua mereka ini tahu apa yang mereka mahu. Bijak pula mengemudi hidup untuk mendapatkan yang mereka mahu dan gembira melalui liku hidup seperti yang mereka bayangkan. Kedua-duanya saat dipertemukan untuk penggambaran tidak ada langsung ‘air’, insecurity dan kerenah. Mereka tidak bimbang kedut jelas dalam gambar atau kulit tidak disapu concealer langsung atau tidak dipakaikan bulu mata pasu bergulung-gulung – then only they will feel pretty. Kerana Deanna dan Cris selesa dengan kulit sendiri. Tidak peduli akan apa pun tanggapan orang terhadap mereka. Yang penting mereka memberikan yang terbaik dalam apa pun yang dilakukan dalam hidup. Berlakon, menyanyi atau duduk berehat sahaja (sebulan seperti Cris). “Yang penting happy,” seperti ujar Cris kepada Hafizan. Kerana itu juga mereka tetap cantik biar dalam persalinan apa pun yang dipakaikan, biar kasut Converse lusuh yang tersarung – tetap cantik kerana hati mereka tenang, dalaman mereka content lantas terserlahlah pada luaran dan paras rupa.
Dan kerana kecantikan luar dalam mereka ini jugalah mereka kami nobatkan sebagai wanita paling tepat melambangkan STAIL.MY.
Apa pandangan anda?