Posted on April 22, 2019
Setiap beberapa tahun pasti akan muncul sekelompok hot celeb baes yang kadang-kadang secara tiba-tiba. Mengapa? Ada yang bersedia untuk watak dalam filem terbaru, ada yang sekadar mendapat inspirasi baru untuk workout lebih dan memiliki badan hot malah ada juga yang menjadi hot setelah bertahun-tahun workout secara konsisten. Tidak salah pun, kelompok ini muncul sebenarnya. Ia memberi perspektif baru kepada kita yang meminati. Mereka ini juga memberi inspirasi kepada jutaan lelaki di seluruh dunia.
Feast your eyes girls!!! Kami senaraikan 9 Hot Celeb Baes untuk tatapan dan menjadi inspirasi buat kamu…
1. ARMIE HAMMER
Setelah muncul dalam filem Call Me by Your Name, kami mula memberi perhatian kepadanya. Wataknya sebagai jejaka lebih berusia dan berhubungan dengan jejaka lebih muda dalam bentuk penuh naif menjadi imaginasi banyak lelaki di seluruh dunia.
2. JOHN KRASINSKI
Dia harus workout dan mendapatkan badan hot shirtless ready nya dalam masa 16 minggu sahaja untuk watak dalam filem 13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi. Tapi hasilnya sangat mengagumkan. Dipaparkan dalam majalah Men’sHealth pada 2015, bagi kami tubuhnya ini sangat memberi inspirasi.
3. JAKE GYLLENHAAL
Kali pertama Jake Gyllenhaal muncul dengan badan hot ialah dalam filem Prince of Persia. Ini kali pertama dia bulk up untuk watak utama filem ini. Selepas itu, Jake muncul lagi dengan tubuh lebih hot untuk filem Southpaw. Dengan wajah tampannya itu, Jake is such a bae.
4. NICK JONAS
Suami kepada Priyanka Chopra ini mula workout dan buff up selepas berpecah daripada band Jonas Brothers. Siapa boleh lupakan gambar selfie hot nya di hadapan cermin tandas dahulu. Dan sampai ke hari ini apalagi setelah berkahwin dengan Priyanka, Nick menjadi lebih daddy dan nampak lebih hot.
5. JUDE LAW
Secara tiba-tiba gambar Jude Law dalam akaun Instagram Vanity Fair ini menjadi viral. Lihat sahaja tubuhnya dalam gambar ini. Sucha bae. Bersama seluar dalam putih sahaja, ini salah satu babak dalam siri Pope musim kedua. Tentunya kami tak sabar menunggu musim baru ini ditayangkan.
6. BRYAN GREENBERG
Dia mula dikenali sejak berlakon dengan Uma Thurman dalam filem Prime. Babak-babak yang menunjukkan tubuh Bryan Greenberg dalam filem itu sangat mengujakan. Waktu itu dia muda lagi. Tapi hari ini dia masih mengekalkan bentuk tubuh hot nya dengan workout yang konsisten. Dadanya is to die for. Kalau tidak masakan orang membuat GIF berkenaan dadanya sahaja.
7. BRADLEY COOPER
Sejak menontonnya dalam filem A Star Is Born, saya memutuskan bahawa he’s more bae than before. Kerana look nya yang rough dan manly dalam filem ini membuatkan wanita mana yang tertawan. Malah di luar filem pun, karakternya yang sangat gentleman sungguh mengancam!
8. RYAN PHILLIPPE
Dia terlalu muda waktu muncul dalam filem Cruel Intention. Tetapi satu hari pabila melihat akaun Instagram Ryan Phillippe, rupa-rupanya tubuhnya sudah buff up secara tiba-tiba. Dia juga diabadikan sebagai muka depan majalah MensHealth, with his ripped body. Uuuuuuuuu…
9. RICKY MARTIN
Lihat sahaja hot daddy ini!!!! Suami kepada Jwan Yosef ini seringnya nampak lebih hot apabila bersama-sama suami dan anak-anak mereka di pantai. Sejak dari zaman dia menyanyi She Bangs lagi sememangnya Ricky Martin sudah bae, tetapi seiring dengan peningkatan usia, ooouuuuhhhhhh who can resist this hot bae.
Apa pandangan anda?