Posted on February 1, 2019
Segalanya bermula pabila saya melihat akaun Instagrammer yang saya follow. Dia travel ke mana-mana entah. Bersama teman-teman mengambil gambar dan having such a good time. Sekurang-kurangnya begitulah yang digambarkan dalam foto-foto yang dimuat turun. Mulanya saya tidaklah berasa apa-apa. Tapi setelah beberapa hari, banyak pula gambar dan Instastory yang dimuat turun, saya mula mempersoalkan diri sendiri. “Apakah aku tidak cukup berusaha keras dalam hidup aku untuk membolehkan aku travel macam dia?” “Am I not good enough?” “Kenapa aku tak se fabulous dia?” Saya merasa jengkel, benci dan tak puas hati.
Beberapa minggu selepas itu, saya terlihat seorang lagi teman kolej di timeline saya. Dia bukan baik pun orangnya. Pada saat itu juga saya memutuskan enough is enough. “Saya tak perlu follow semua orang ini. Mengapa perlu saya banjirkan hidup saya dengan orang yang menjengkelkan, membencikan dan buat saya tak puas hati?” Saya unfollow dia. Dunia saya tak berakhir pun. Dia tak kisah pun. Tak ada siapa pun sedar yang saya dah putuskan hubungan komunikasi dengan orang yang saya tak suka. Saya pergi semula ke akaun Instagrammer pertama tadi. Saya unfollow dia juga.
Dari situlah bermulanya misi memotong semua orang yang membuat saya tak gembira dari platform medial sosial. Lelaki yang berpacar dengan saya beberapa bulan? Unfollow. Gadis industri yang kurang ajar dengan saya beberapa bulan lepas. Gone. Budak fake yang bekerja dengan syarikat perhubungan awam, BLOCK. Lelaki yang tak habis-habis memuat turun gambar selfie wajahnya sahaja, no more!!
“Media sosial tak semestinya menjadi tempat toksik seperti yang semua orang kata. Tapi kamu perlu rela mengambil langkah pertama untuk mengelakkannya.”
Bekerja dalam bidang digital tentunya membuat detoks digital adalah suatu yang sukar. Apalagi untuk menyerah terus dan tak ada media sosial. Tapi tak perlulah ia menjadi tempat yang tidak gembira bila-bila saya membukanya. Tambahan pula saya sangat sukakan media sosial pabila ia menjadi tempat yang sihat untuk saya. Oleh itu daripada mengambil langkah ekstrem dan melepaskan terus media sosial, saya memutuskan untuk memenuhkan feed saya dengan orang atau perkara yang membuat saya paling gembira dan tidak merosakkan mood saya. Follow orang yang betul-betul kawan, keluarga, instruktor fitness yang memberi inspirasi, blogger yang muat turun gambar-gambar hebat dan akaun meme atau binatang yang membuat saya tersenyum atau ketawa.
Menjadi selektif tentang orang-orang yang mengelilingi kamu sangat penting untuk kesihatan dan penjagaan diri, dan ini lebih daripada sekadar teman-teman. Sekian lama saya biarkan ketakutan tidak diterima dan disukai mengawal siapa yang saya follow dan berinteraksi. Perasaan bimbang pabila orang yang saya unfollow tahu saya unfollow mereka dan kemudian mereka pula akan unfollow saya membuat saya memenuhkan feed saya dengan orang yang tak perlu. Pabila saya sedar betapa lebih baiknya perasaan saya setelah tidak melihat post Instagrammer tadi yang membuat saya roll my eyes atau merasa serba tidak cukup, saya tahu saya membuat keputusan yang betul.
Mengapa perlu kita biarkan kehidupan orang lain atau apa yang mereka lakukan saban hari membuat kita rasa ‘kurang’ atau sedih. Kita bertanggungjawab terhadap hidup kita. Jadi tak perlulah kita terkesan dengan orang lain. Kita juga punya pilihan untuk menentukan apa yang baik atau buruk untuk kita. Bagi saya hidup ini terlalu singkat untuk membiarkan sesuatu yang tidak menyumbang apa-apa pun kepada kita merosakkan mood dan kesihatan minda kita.
Sekarang feed media sosial saya dipenuhi dengan keseronokan sahaja. Post teman-teman yang bercuti bersama keluarga, akaun-akaun fesyen yang memberi inspirasi, fitness yang membuat saya mahu push myself more. Media sosial tak semestinya menjadi tempat toksik seperti yang semua orang kata. Tapi kamu perlu rela mengambil langkah pertama untuk mengelakkannya.
Apa pandangan anda?