Aduh, hati saya ini berdebar-debar. Walaupun jiwa saya bagai tak sabar. Persiapan akhir rancak berjalan dan saya dan Amy diperlukan memerhati secara dekat, halus lagi terperinci tentang semua aspek. Ryan, Ardi, Ashura, Zaidi dan Amira pula sibuk bertemu dengan semua influencer dan Neelofa (sebagai tetamu VIP saya amat berterima kasih kerana sudi hadir ke majlis kami) menghantar kad undangan pop up (idea Ashura) secara peribadi kepada mereka semua. Jika kamu mengikuti platform medial sosial kami, pasti kamu sudah pun melihat sendiri setiap seorang mereka menerima undangan. Calvin (pegawai pemasaran kami) pula tak menang tangan berurusan dengan kontraktor, sembilan artis yang terpilih menghiasi #10STAILISHROOMS, dengan Pavilion dan semua supplier yang sama-sama menjayakan projek sulung STAIL.MY ini. Sedang saya menulis ini pun, beberapa artis menghantar gambar menunjukkan work in progress mereka kepada Calvin. Saya jadi semakin teruja.