SEARCH

Tag: aidilfitri

Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Kata Pengarang Rencana 13 June 2019 0 Comments

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah.

Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.

read more

Tidak Lengkap Aidilfitri STAIL Tanpa…

Gaya Hidup Libur 5 June 2019 0 Comments

Kemenangan hari ini buat kita yang berjuang, kemenangan hari ini untuk kita yang bersabar. Nikmati Aidilfitri dengan kasih sayang dan kegembiraan. Apakah yang membuatkan Aidilfitri STAIL.MY lengkap? Team ini nyatakan dalam fahaman sendiri tentang “tidak lengkap Aidilfitri STAIL tanpa… Salam Lebaran 2019!   “Tidak lengkap aidilfitri tanpa ketupat palas kacang, hidangan turun temurun sebelah bapa yang mesti ada setiap aidilfitri.”…

read more

Tips Stail Bergaya Di Hari Raya, From STAIL.MY Girls!

Fesyen Selebriti 5 June 2019 0 Comments

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Hari Raya yang sekali lagi bertamu kali ini, menjanjikan sinar baharu. Mengambil sempena Hari Raya ini, ingin kami berkongsi dengan kamu tip-tip stail bergaya di Hari Raya yang kami kutip daripada barisan wajah-wajah mereka yang pernah bekerjasama dengan STAIL.MY! Mana tahu untuk kamu jadikan sebagai rujukan mahupun panduan? TIP STAIL HARI RAYA DARIPADA STAIL.MY GIRLS…

read more

Minimalace & ‘Muse’, Liyana Bakarudin (Nana) Memperkenalkan Soiree Raya!

Fesyen Trend 14 May 2019 0 Comments

Syawal bakal datang bertamu! Bayangkan hari raya akan mengetuk pintu dalam masa lebih kurang dua minggu lebih, menitip seribu satu lagi memori indah. Bulan untuk kita lafazkan kesyukuran dan kemaafan, yang ternyata jadi semakin sempurna dengan gaya-gaya minima Minimalace – sempena hari raya tahun ini, memperkenalkan himpunan baharu SOIREE RAYA 2019! ‘Soiree’ dicedok daripada makna pertemuan rapat yang digabungkan dengan…

read more

Pengalaman ‘Stylish Ride’ STAIL.MY Raya Ini Bersama Mercedes-Benz C300 Cabriolet

Pilihan Stail Rencana 25 June 2018 0 Comments

Kamu ingat lagi saat pertama kamu melihat pasangan kamu dan jatuh cinta dengannya? Jatuh cinta pandang pertama. Begitulah perasaan saya kali pertama diperkenalkan dengan Mercedes-Benz C300 Cabriolet. Dalam hati saya melonjak gembira. Teruja, suka, cinta dan mahu memilikinya. Tentu sekali model yang diberi kepada saya berlumur warna kegemaran saya, putih. Sebab lain saya jatuh cinta ialah kerana ia cabriolet. “Oh…

read more

Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Kata Pengarang Rencana 5 June 2018 0 Comments

Tanggal 10 Mei 2018. Seluruh rakyat Malaysia bangun pagi dengan perasaan yang sungguh ringan. Seperti selalu, saya bangun dan terus mencapai telefon bimbit – skrol Instagram dan FB serta melihat mesej Whatsapp. Pagi itu beratus-ratus mesej Whatsapp ada dalam notifikasi telefon saya. Membaca satu persatu, awan kelabu yang menutupi seluruh langit saya rasakan berarak sedikit demi sedikit. Menampakkan langit serba biru lagi cerah berhias tompok-tompok awan putih berkepuk-kepuk.

Walaupun saya tidak lahir waktu merdeka, tapi perasaan pagi 10 Mei itu sepertikan Malaysia baru merdeka. Seluruh negara bagaikan baru terlepas daripada sumpahan sekian lama yang membuatkan bumi ini tidak subur, berselimut aura negatif, kelam dan tiada harapan. Enam puluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Bukan tak pernah ia memajukan negara.

read more

SUBSCRIBE