Bulan lalu sewaktu salah satu penggambaran yang kami laksanakan di Yipieyaya Studio, jurugambar Chuan Looi bertanya pada saya, “Mengapa you dah lama tak shoot gambar-gambar editorial hebat macam you di majalah lama dulu? Sekarang semua shoot you hanya biasa-biasa saja. Simple lighting, plain background dan padanan yang ringkas.” Saya terdiam juga sebenarnya. Terfikir sejenak sebab ada betul kata-katanya itu. “Hmmm… berdasarkan pemerhatian saya dengan keadaan sekeliling hari ini, sudah terlalu banyak yang mahu membuat penggayaan beria-ia. Solekan yang beran-beran hingga termuncullah rupa paras yang lain daripada yang original. Sehingga pabila sesiapa pun yang melihat sampai tak kenal lagi siapa yang mereka pandang itu.”