HatiNyawa – Nukilan terbaru Faizal Tahir beri kelainan untuk Khai Bahar Bermula hanya dari Youtube seterusnya…
Kebas Suami Orang, Indahnya Bercinta Sampai Tergamak
Kebas suami orang? Begitulah indahnya percintaan sampai sanggup melupakan batasan moral. Garis batas antara yang benar…
Erti Cinta Itu Tergantung Pada Diri Sendiri
Bertahun-tahun lamanya saya tercari-cari erti cinta. Biasalah erti cinta itu takkan sama sejak kita lahir, membesar ke sekolah rendah, cinta monyet sewaktu di sekolah menengah, cinta cemburu-cemburuan waktu remaja, menginjak usia 20-an dan percayalah ia akan semakin berubah pabila kematangan mengetuk pintu minda dan hati. Malah cinta akan sama sekali berbeza makna setelah melalui setengah abad kehidupan. Tak mengapa. Biar erti cinta itu berubah berapa kali sekalipun kerana kehidupan kita memang sudah ditakdirkan sebegitu. Akan sentiasa berevolusi dan berkembang, ia tidak seharusnya kekal di tangga yang sama. Hidup pasti bosan dan tiada lagi keterujaan andai ia tidak disapa angin perubahan. Sebagai manusia, cinta awal yang kita kenal tentulah cinta daripada ibu kita yang tidak berbelah bahagi. Simbahan cinta dan kasih sayang daripada mama takkan saya lupakan sampai bila-bila. Cintanya itu begitu agung sehingga saat ini pun walau dia tidak lagi bersama, masih dapat saya rasai. Hangatnya dakapan mama dan tulusnya ciuman dia di pipi saya terkadang-kadang masih lagi menemani apalagi kala saya merindui. Benarlah kata orang tali perhubungan antara ibu dan anak itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Dan cinta ibu itu…
I’m In Love With Being Real
Tengah hari, Ahad. Saya duduk mengadap laptop menulis rencana ini. Di corong speaker bermain lagu Real, lagu rap oleh Kendrick Lamar feat. Anna Wise. Lagu ini sungguh bagus. Liriknya sungguh benar dan beat nya sungguh catchy. Saya menikmati lagu ini sesungguh-sungguhnya. Sahabat saya Jeffrey Yan yang memperkenalkan saya kepada Kendrick Lamar. Saya tak pernah peduli dengan penyanyi rap kerana ia bukan my cup of tea. Tetapi Kendrick Lamar is sooooooooo good. Lagu-lagunya tulus dan membincangkan isu-isu yang kita lalui setiap hari. Ia memberi pengajaran kepada saya. Mendengar lagu ini membuat saya terfikir betapa cintanya saya dengan being real.
Cinta Milennial Tak Stailish, Macam ‘Ayam Berlaki’
Perkahwinan ibu bapa saya mencecah usia 37 tahun. Hanya kematian yang memisahkan mereka pabila ibu saya pulang ke rahmatullah tahun lalu. Bagi saya itu cinta agung. Sukar juga bagi saya sebenarnya kerana itulah kalau boleh cinta yang saya mahukan untuk diri sendiri juga. Cinta yang hanya maut bisa memisahkan. Ya saya mengaku saya mencari cinta agung – sama dengan cinta antara mama dan babah. Biarpun rumah tangga mereka (seingat saya) terkadang-kadang dilanda badai dan selisih faham tetapi kerana itulah pun tercipta lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Itu memang lumrah perhubungan dan perkahwinan tetapi yang jauh lebih penting dalam hal ini ialah cara kita menanganinya dan menyelesaikan selisih faham itu langsung terus maju dalam ikatan hubungan lebih akrab dan erat. Maaf cakap…
Hari Ibu & Guru Selepas Ini Takkan Sama Lagi
Mei. Bulan ini hampir melabuhkan tirainya. Saya tahu agak terlambat sebenarnya saya menulis ruangan ini terutama dalam memberi penghormatan kepada ibu-ibu dan guru-guru seluruh dunia. Ya bulan ini bulan keraian dua insan yang sungguh mulia – darjat dan kedudukannya kerana dua insan ini yakni ibu dan guru memikul tanggungjawab paling besar di dunia. Melahirkan, membesarkan dan mendidik umat manusia. Mungkin saya terlambat menulis kerana jari saya ini amat berat mahu menaip, meluahkan kata-kata dan isi hati terutama sekali untuk dua insan yang bernama ibu dan guru. Hati saya berat lagi pilu. Tapi saya tahu saya tahu saya perlu mendepaninya dan berbicara dengan kamu semua, pembaca yang setia. Selamat Hari Ibu dan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar ibu dan guru di luar sana. Biar pun saya membesar dengan beberapa guru, dari…