www.upscalerolex.to

Tag Archives con man

Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Con Man: You Think You Know A Person… Well Honey You Don’t, And You Never Will

Hujung minggu yang lalu seperti biasa saya menghabiskan masa singgang menonton Netflix. Ada dua dokumentari yang menarik minat saya. Dirty Money dan Dirty John. Kedua-duanya menggunakan tajuk ‘Dirty’. I wonder why? Untuk menamatkan rasa ingin tahu, saya menonton kedua-duanya. Dirty Money ada lapan episod yang menceritakan tentang beberapa contoh penipuan dalam syarikat konglomerat seperti Volkswagen dan dalam satu episod yang lain, tentang perniagaan pinjaman wang (seperti Ah Long) di Amerika Syarikat, PayDay Advanced Money. Dalam episod yang memaparkan penipuan dalam syarikat konglomerat Volkswagen, membuktikan betapa individu-individu penting yang memegang jawatan tertinggi dalam syarikat ini menipu dan merancang cara menutupnya. Mereka mengetepikan kesedaran sosial mereka apabila meluluskan penggunaan bahan yang boleh mencemarkan alam sekitar dalam salah satu kereta keluaran mereka. Beberapa orang penting di bahagian pengurusan berkomplot menyembunyikan fakta ini termasuklah jurutera yang membangunkan teknologi jenama ini demi ketamakan mereka membuat untung berganda dan hanya untuk menjual produk mereka.