www.upscalerolex.to

Tag Archives con

Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Hari Ini Kita Hidup Dalam Dunia Digital Yang Keji

Hari itu tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Aidilfitri bertandang lagi. Saya menemani Amri ke Pasar Seloka Raya di Publika. Kebetulan kami berbuka puasa sama hari itu. Dia pula mahu mengambil kuih Arab sedap daripada teman kami Dahlia yang berniaga di situ. Waktu menunjukkan hampir jam 10 malam. Jadi kesemua peniaga di Pasar Seloka Raya sedang lagi sibuk mengemas. Hari itu pula hari terakhir Pasar Seloka Raya, jadi mereka ibarat meraikan kemenangan. Masing-masing hati berbunga mengenangkan kerancakan perniagaan sepanjang bazar ini berlangsung. Sementara Dahlia juga sedang lagi sibuk berkemas, kata Amri, “Eh aku dan Reezal jalan-jalan dulu ya. Kejap lagi kami datang balik ambil kuih.” Ada beberapa lagi teman-teman kami yang berniaga di situ. Syed Faizal dengan produk solekannya, kami terjumpa Zaireen Azman (Umma dan Nita) serta Shera Razi (pengurus pemasaran Nelissa Hilman). Setelah berbual-bual dan bergurau dengan mereka ini kami berjalan ke arah booth so.lek. Tiba-tiba saya ditahan seorang lagi kenalan yang berniaga di situ…