Tidak pernah sekalipun dia mengimpikan menjadi model tetapi bagi Joharee Muhammad ini adalah perkara terbaik pernah dilakukannya setakat ini. Bersiaran secara online melalui portal Peaceyall FM, Joharee yang juga seorang VJ turut memiliki bisnes Kopiboy.
Gadis comel ini bekerja sebagai hairstylist. Perwatakannya yang gila-gila dan cool membuat dia disenangi oleh semua. Berusia 25, katanya melalui kerjaya dia bisa mengembara dengan mudah – memberinya pengalaman mengenali budaya dunia.
Jika diberi peluang untuk menjadi lain, pelakon baru berasal dari Kuching, Sarawak, Zowa ingin menjadi Will Smith kerana dia individu yang berjaya dan rendah diri. Dia juga bekerja sebagai pramugara sepenuh masa.