SEARCH

Tag: hari valentine

Hari Valentine Bakal Menjelma & Kami ‘Cinta’ Gifting Ideas Tiffany & Co.!

Aksesori Fesyen V1 27 December 2019 0 Comments

Semangat Krismas belum berkesudahan, tahun baru bakal menjelma, diselangi pula Tahun Baru Cina tidak lama lagi… Hari Valentine! Tiffany & Co. sudah mula mengajak kita untuk menggelorakan rasa cinta yang kuat dan memuliakan yang tersayang, bagi merai hari kekasih Februari nanti. Menterjemahkannya menerusi idea gifting tahun 2020 untuk Hari Valentine. “Say It With Love” menjadi kata kunci kuasa cinta Tiffany…

read more

Swarovski S/S 2019 Menyimpul Mesej #FollowYourHeart

Aksesori Fesyen 8 February 2019 0 Comments

Sudah lebih daripada 100 tahun, Swarovski meluhurkan cinta sebagai jati dirinya. Cinta yang datang dalam pelbagai rupa dan bentuk, memanifestasikan ekspresi Swarovski musim ini. Kata Pengarah Kreatif Swarovski, Nathalie Colin, “Mesej kami kali ini adalah ikut ‘ikut kata hatimu’, jadi berani dalam meluahkan rasa cinta, stail dan personaliti.” Swarovski memperkenalkan rangkaian himpunan Hari Valentine yang mengait penuh emosi dan mengajak…

read more

Erti Cinta Itu Tergantung Pada Diri Sendiri

Kata Pengarang Rencana 5 February 2019 0 Comments

Bertahun-tahun lamanya saya tercari-cari erti cinta. Biasalah erti cinta itu takkan sama sejak kita lahir, membesar ke sekolah rendah, cinta monyet sewaktu di sekolah menengah, cinta cemburu-cemburuan waktu remaja, menginjak usia 20-an dan percayalah ia akan semakin berubah pabila kematangan mengetuk pintu minda dan hati. Malah cinta akan sama sekali berbeza makna setelah melalui setengah abad kehidupan. Tak mengapa. Biar erti cinta itu berubah berapa kali sekalipun kerana kehidupan kita memang sudah ditakdirkan sebegitu. Akan sentiasa berevolusi dan berkembang, ia tidak seharusnya kekal di tangga yang sama. Hidup pasti bosan dan tiada lagi keterujaan andai ia tidak disapa angin perubahan.

Sebagai manusia, cinta awal yang kita kenal tentulah cinta daripada ibu kita yang tidak berbelah bahagi. Simbahan cinta dan kasih sayang daripada mama takkan saya lupakan sampai bila-bila. Cintanya itu begitu agung sehingga saat ini pun walau dia tidak lagi bersama, masih dapat saya rasai. Hangatnya dakapan mama dan tulusnya ciuman dia di pipi saya terkadang-kadang masih lagi menemani apalagi kala saya merindui. Benarlah kata orang tali perhubungan antara ibu dan anak itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Dan cinta ibu itu…

read more

Giorgio Armani Luxury Denim Mengiaskan Kisah Cinta Moden

Fesyen Trend 5 January 2018 0 Comments

Giorgio Armani Luxury Denim memerikan ceritera lama Giorgio Armani, bersempena bulan cinta Februari nanti. Himpunan kapsul Hari Valentine yang akan dikeluarkan pada bulan dua ini menampilkan rekaan-rekaan denim khusus untuk si perempuan juga si lelaki dan mencerminkan butir-butir seperti perincian, teknik malah seni reka yang sinonim dengan  Giorgio Armani!   Terkadang cinta bersenda, mengakali pancaindera kita untuk mentafsirkan ia. Cinta…

read more

5 Gambaran Pertama Fifty Shades Freed

Budaya TV/Filem 27 September 2017 0 Comments

Sudah tentu selepas Fifty Shades Darker, datang pula Fifty Shades Freed. Jika Fifty Shades Darker menghangatkan lagi hubungan cinta antara Christian Grey (Jamie Dornan) dan Anastasia Steele (Dakota Johnson), Fifty Shades Freed pula mendendangkan kisah cinta kinky mereka sampai ke jinjang pelamin. Warning, spoiler alert! Walaupun tidak banyak informasi yang kami perolehi, tetapi cukup lah 5 informasi ini kami bocorkan untuk…

read more

SUBSCRIBE