www.upscalerolex.to

Tag Archives hidup yang singkat

Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Tentang Raya, Hidup Yang Singkat & Meluahkan Perasaan

Genap sudah seminggu hari Raya berlalu. Semua umat Islam di Malaysia meraikannya. Waima dalam cara paling meriah atau sederhana bergantung pada pemahaman Raya masing-masing. Ya ada yang saya tengok beria-ia beraya. Memastikan sebulan puasa itu berganti dengan sebulan juga beraya. Tapi ada juga antara kita yang sekadar meraikannya beberapa hari bersama keluarga dan sahabat handai kemudian kembali semula kepada kehidupan biasa malah ada yang terus mula berpuasa enam mengejar pahala. Alhamdulillah. Saya tidak mahulah komen banyak berkenaan hari Raya dan cara sepatutnya meraikannya. Kerana itu tergantung cara masing-masing. Tetapi yang saya boleh beritahu hanyalah pendapat saya sahaja tentang beraya. Pada saya Raya itu biarlah berpada-pada dalam cara paling sederhana. Kerana itu Tuhan menyuruh kita berpuasa. Puasa itu mengajar kita mendisiplinkan diri, bersederhana, menahan diri daripada menurut nafsu – secara amnya mencari keseimbangan dalam hidup.