www.upscalerolex.to

Tag Archives kata pengarang stail.my

Helo 2017 & Pelan Tahun Baru

Oleh 0 Comments3 minit untuk membaca
Helo 2017 & Pelan Tahun Baru

Banyak juga antara teman-teman saya yang merasakan 2016 bukanlah tahun yang baik buat mereka. Sehingga ke beberapa hari sebelum 2016 berakhir pun, masih dilaporkan beberapa pemergian insan terkenal. Debbie Reynolds (dua hari selepas anaknya Carrie Fisher meninggal dunia) dan di negara kita sendiri, seniman ternama, Tan Sri S.M Salim juga menghembuskan nafasnya yang terakhir. Kematian demi kematian berlaku sepanjang 2016. Arwah mama pergi meninggalkan kami sekeluarga tanggal 20 Mac. Bapa bekas staf saya, Ardi Idewani juga meninggal dunia lewat November lalu. Maafkan saya, mungkin tak sepatutnya saya memulakan kata pengarang saya tahun baru ini dengan berita-berita sedih pemergian insan-insan tersayang dan mengenang barang yang lepas. Kerana secara semula jadinya saya juga tak suka mengenang dan meratap perkara yang telah terjadi. Tetapi lewat minggu lalu dalam pada saya melayari laman web Youtube, saya ter come across…