Media sosial hari ini saya rasa terlalu menguasai dunia kita. Setiap setengah jam kalau tidak membuka aplikasi Instagram atau FB bagaikan tak lengkap masa yang berlalu. Sepertikan ketagih melihat foto orang di dua aplikasi ini. Atau mungkin mahu melihat engagement apa yang terbaru di laman Instagram atau FB sendiri. Itu tak termasuk lagi stalking – melihat apa yang teman-teman sedang buat atau aktiviti mereka yang kita follow. Atau bukan itu sahaja, banyak juga yang menggunakan media sosial sebagai wadah untuk berniaga atau mengembangkan lagi jenama atau produk yang dibangunkan sendiri. Sewaktu di New York baru-baru ini saya sempat makan malam bersama model Malaysia…
Normal Is The New Avant Garde: Maknanya Basic Is In?
Bulan lalu sewaktu salah satu penggambaran yang kami laksanakan di Yipieyaya Studio, jurugambar Chuan Looi bertanya pada saya, “Mengapa you dah lama tak shoot gambar-gambar editorial hebat macam you di majalah lama dulu? Sekarang semua shoot you hanya biasa-biasa saja. Simple lighting, plain background dan padanan yang ringkas.” Saya terdiam juga sebenarnya. Terfikir sejenak sebab ada betul kata-katanya itu. “Hmmm… berdasarkan pemerhatian saya dengan keadaan sekeliling hari ini, sudah terlalu banyak yang mahu membuat penggayaan beria-ia. Solekan yang beran-beran hingga termuncullah rupa paras yang lain daripada yang original. Sehingga pabila sesiapa pun yang melihat sampai tak kenal lagi siapa yang mereka pandang itu.”
Meraikan Ulang Tahun Pertama STAIL.MY: Setahun Yang Membanggakan
Pagi tadi mata celik jam biasa. Selalunya lebih kurang jam enam setengah saya akan bangun dan memulakan hari. Saya bersyukur kerana dapat melalui kehidupan sehari lagi. Ya begitulah pukul rata kehidupan saya setiap hari sejak setahun setengah yang lalu selepas meninggalkan syarikat lama. Saya bersama Pengarah Kreatif STAIL.MY, Merrissa Emilda (Amy), partner in crime saya memulakan portal ini sejurus selepas itu dan tak berhentilah mengusahakannya sampai hari ini. Tiada sehari pun kami merasa lelah atau tidak mahu lagi mengerjakannya kerana ia sesuatu yang benar-benar kami cintai. Mewarnakan ilham kreatif kami melalui portal ini untuk dikongsi bersama pembaca – melalui tulisan dan imej-imej indah lagi provokatif. Tujuan kami hanya satu…
Cinta Milennial Tak Stailish, Macam ‘Ayam Berlaki’
Perkahwinan ibu bapa saya mencecah usia 37 tahun. Hanya kematian yang memisahkan mereka pabila ibu saya pulang ke rahmatullah tahun lalu. Bagi saya itu cinta agung. Sukar juga bagi saya sebenarnya kerana itulah kalau boleh cinta yang saya mahukan untuk diri sendiri juga. Cinta yang hanya maut bisa memisahkan. Ya saya mengaku saya mencari cinta agung – sama dengan cinta antara mama dan babah. Biarpun rumah tangga mereka (seingat saya) terkadang-kadang dilanda badai dan selisih faham tetapi kerana itulah pun tercipta lagu nyanyian P Ramlee dan Saloma ‘sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Itu memang lumrah perhubungan dan perkahwinan tetapi yang jauh lebih penting dalam hal ini ialah cara kita menanganinya dan menyelesaikan selisih faham itu langsung terus maju dalam ikatan hubungan lebih akrab dan erat. Maaf cakap…
Apa Sebenarnya Stail Kita ‘Orang Malaysia’?
Setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLIA saya pasti akan terpandang iklan billboard gergasi gadis/ jejaka (saya pun tak pasti) berselindung penuh di sebalik purdah hitam. Yang nampak hanya matanya sahaja. Ia iklan untuk produk kecantikan mesra wuduk atau something like that. Imej ini menjadi topik perbincangan kegemaran saya dan teman. Kami sebenarnya tidak faham objektif iklan ini. Kalau benar ia tentang produk kecantikan mesra wuduk, bukankah sepatutnya tidak diletakkan langsung figura gadis itu di situ. Cukup lah sekadar meletakkan produknya sahaja. Kalau benar ia berlandaskan Islam, tidak perlu pun menggunakan model wanita di situ kerana ia tidak bertepatan sama sekali dengan konsep Islam itu sendiri yang melarang wanita dipergunakan seperti itu. Ini hanya pandangan saya. Dan bagi saya juga imej iklan ini dengan wanita berpurdah defeat the purpose sama sekali. Kan ia produk kecantikan, bagaimana wanita (atau lelaki, kita pun tak tahu kerana tak nampak pun wajahnya)…
#pinkoctober: Kanser Payudara, Saya Seru Agar Semua Wanita Sedar & Berjaga-jaga
Kalau diturutkan kata hati, saya ingin membuat tajuk Kata Pengarang saya ini sebagai ‘Saya Benci Kanser Payudara’. Tapi tidak adil dan kedengaran seperti terlalu emosional saya kira. Kerana penyakit dan ujian ke atas individu itu semua datang dari Allah dan telah tertulis sebagai takdir. Kita manusia biasa wajib redha menerima dan belajar daripadanya. Arwah mama meninggal bulan tiga tahun ini kerana kanser payudara. Hati saya masih sebak dan sedih sampai hari ini walaupun saya sudah menerima dan redha dengan pemergiannya. Saya tahu perasaan ini takkan hilang sampai bila-bila. Tapi jauh di sudut hati, saya berjanji dalam diri – jika ada mana-mana peluang yang boleh saya perjuangkan demi kesedaran wanita-wanita di Malaysia tentang peri penting mendalami dan sedar akan bahaya penyakit ini saya akan gunakan sebaik-baiknya. Jadi lewat penghujung bulan lalu…
Kemerdekaan Malaysia Yang ke-59: Sejauh Mana Kita Ini Bebas, Jika Hak Diri Masih Dihakimi?
Merdeka kita tahun ini sudah masuk yang ke-59. Melihat kepada persediannya tahun ini, rasanya kita tidak lagi beria-ia meraikan kebebasan kita. Dalam negara kita dilanda pelbagai masalah – jerebu, ekonomi, seleweng dan politik masakan kita mampu memfokus kepada keraian dan bersuka-suka. Beberapa lama kita berbangga-bangga dengan kemerdekaan yang kita ada. Tanpa sebarang penjajah dan kongkongan pihak luar. Kita bangga kerana di negara kita ini banyak aktiviti pembangunan berlangsung. Bahkan kita dikatakan menuju ke arah status negara maju. Tetapi banyak antara kita yang tidak sedar, ini hanyalah analogi yang disogokkan kepada kita selama beberapa dekad sejak kemerdekaan. Bagi kita, jika kita tidak dijajah dan bergantung pada pihak luar, kita ini merdeka. Walaupun sebenarnya kemerdekaan bagi saya haruslah bermula daripada asas yang paling asas buat kita yakni…
NAK CANTIK? PERLU KERJA KERAS, MATA YANG TAJAM & ILMU
Hitam hitam si tampuk manggis, bunga kemuning luruh di hulu. Hitam hitam kupandang manis, putih kuning tinggal dahulu. Kerana itu juga pabila mahu mengetengahkan tema cantik kali ini saya memilih satu-satunya bintang soprano tanah air, Ning Baizura yang saya rasakan sangat cantik feature nya, rahang yang tajam dan berhidung tinggi. Pada saya kulit sawo matang dan raut eksotiknya melambangkan kecantikan Melayu asli. Ya, cantik itu bukan hanya pada yang berkulit kuning langsat. Cantik sebenarnya bukanlah tergantung pada warna kulit. Sekurang-kurangnya pada pandangan saya. Satu yang sangat kagum dengan Ning ialah pada usianya yang sudah melewati garis 40, kecantikannya masih seperti waktu dia anak dara dahulu. Kulitnya bersih mulus. Rambut berjaga rapi dan dia hari ini amat mementingkan pengambilan makanan yang sihat lagi berkhasiat demi menjaga kesihatan…