www.upscalerolex.to

Tag Archives kesihatan

Berbasikal dan Berlari… What Have I Got Myself Into?

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Berbasikal dan Berlari… What Have I Got Myself Into?

Makanya dua Sabtu yang lalu menjadi hari bersejarah bagi saya sebagai individu kerana buat kali pertama dalam hidup, saya menyertai larian Asics Relay Malaysia. Pengalaman berlari saya sungguh tidak menyenangkan sebenarnya sebelum ini. Waktu di Kolej Melayu Kuala Kangsar, semua pelajar wajib menyertai larian rentas desa sejauh 25km ya. Setiap pelajar akan mendapat merit untuk aktiviti ini. Tentulah saya tak pernah layak mendapat merit ini kerana saya sering menghabiskan larian selepas masa kelayakan tamat. Sejak itu saya benci berlari. Kerana pengalaman berlari pertama saya sungguh tidak memberi inspirasi dan menyakitkan hati. Sejak itu saya memutuskan yang berlari itu bukanlah untuk saya. Walaupun hype komuniti berlari semakin meningkat lewat beberapa tahun kebelakangan ini, saya tidak peduli. Begitu banyak larian yang dianjurkan di ibu kota dan banyak juga antara teman saya yang tersedut ke dalam kancah berlari ini. Saya hanya menyokong dari jauh. Tidak terdetik pun di hati saya mahu mencuba. Tapi kehidupan ini seringnya berubah dan tidak selamanya kita harus kekal dan berkeras dengan sesuatu falsafah atau ideologi. Barulah mudah untuk kita berkembang sebagai individu.

Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan… Maka Wajib Kita Menjaganya

Oleh 0 Comments4 minit untuk membaca
Tubuh Kita Ini Pinjaman Tuhan… Maka Wajib Kita Menjaganya

Terkadang-kadang pabila skrol laman Instagram, saya akui mual juga asyik melihat update dan post tentang kesihatan, gaya hidup sihat, trekking, yoga, makan quinoa, minum air cia seed and so on and so on… Apakah ini sahaja yang penting dalam hidup kita masa kini? Saya tak kata ia tak penting langsung, cuma sudah begitulah gaya hidup zaman sekarang. Banyak sangat yang mahu jump into the bandwagon, menjalani gaya hidup dan pamakanan sihat dan menunjuk-nunjuk pula dalam media sosial. Bukan tak boleh. Malah di majlis penganugerahan Influence Asia Awards yang saya hadiri Sabtu lalu, kategori influencer Health & Fitness diangkat menjadi salah satu kategori utama. Ini menunjukkan bahawa ada banyak individu…