SEARCH

Tag: lgbtq

Taylor Swift Berpolitik Dalam Vogue US September 2019?

Fesyen Selebriti V1 12 August 2019 0 Comments

Boleh tahan lama juga Taylor Swift mengunci diri, menyepi setelah kontroversi dan isu rencaman yang kurang enak membadai dirinya. Orang menggelari dia snake-lah, Regina George-lah dan macam-macam lagi. Banyak kali juga terjadi persengkataan antara Taylor dengan selebriti-selebriti lain. Dan baru-baru ini, dia memecahkan kesenyapan akhirnya, sebaik diajak berbicara fasal politik dan Hillary Clinton. Jelasnya, mengapa dia tidak menyokong Hillary sepenuhnya…

read more

Fesyen Musim Luruh 2018 Memecahkan Taboo LGBTQ & Kekangan Budaya

Kata Pengarang Rencana 14 March 2018 0 Comments

Saya menonton dan menonton dan menonton lagi dan lagi pertunjukan fesyen Burberry di laman Youtube – koleksi finale Christopher Bailey untuk jenama ini. Selepas 17 tahun bersama jenama ini dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Kreatif, Bailey meninggalkan tampuk penting dalam jenama ini. Katanya untuk lebih memfokus pada suami dan anaknya. Saya sungguh terkesan dengan pertunjukan fesyen Burberry dan koleksi Bailey yang terakhir ini. Karangan seluruh pertunjukan seolah-olah menyentuh perasaan, menaikkan bulu roma dan membuat saya menitiskan air mata di saat Bailey membuat final bow nya.

Pertunjukan dibuka oleh model Adwoa Aboah memakai kot parka oversize merah jambu bersama kain labuh putih. Lagu-lagu yang berkumandang saya rasa adalah pilihan peribadi Bailey, yang menjadi kegemarannya sewaktu dia remaja di era 90-an. Lagu-lagu yang begitu sinonim di kelab-kelab gay serta menjadi anthem kelompok ini di era 90-an. Burberry kali ini…

read more

Finale Christopher Bailey Di Burberry Merai LGBTQ!

Fesyen Trend 20 February 2018 0 Comments

Ini adalah finale Christopher Bailey untuk Burberry! Kami jangka, pasti aspirasi ini sudah lama ‘terperuk’ dalam hati Christopher Bailey. Dia menanti-nanti detik paling sempurna untuk Burberry menampilkan satu persembahan hebat dalam memberi penghormatan kepada gerombolan LGBTQ. Di London Fashion Week minggu ini – pertunjukan terakhir Christopher Bailey untuk Burberry – adalah momen yang tepat untuk mengeluarkan rancangan yang sudah terusun dalam fikirannya itu!…

read more

SUBSCRIBE