Kita berada di permulaan Ogos hari ini. Bulan di mana negara yang kita sayangi ini menyambut ulang tahun kemerdekaannya. Bulan inilah semangat patriotik rakyat Malaysia akan membuak-buak. Masing-masing mahu menunjukkan kesetiaan dan rasa kasih mereka terhadap negara. Dalam bulan ini jugalah akan banyak pahlawan papan kekunci yang berlumba-lumba menulis atau membahaskan sesuatu. Tentunya ada yang akan memuji tinggi, atau pasti juga ada yang akan mengeji dan membangkitkan isu-isu provokatif tentang negara yang bisa menaikkan rating atau viewers dan engagement. Nah inilah asas kepada artikel saya kali ini. Tentang sikap kita sebagai rakyat dan hari ini sebagai pengguna dunia maya waima dalam media sosial, blog atau laman web. Oleh kerana lapangan yang saya sebut ini percuma dan kebanyakan daripada kita tersangat berpegang pada falsafah kebebasan bersuara – maka banyaklah yang dengan mudah dan percuma juga mencipta kontroversi dan senang membuat provokasi…