www.upscalerolex.to

Tag Archives pilihanraya umum 14

Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Tanggal 10 Mei 2018. Seluruh rakyat Malaysia bangun pagi dengan perasaan yang sungguh ringan. Seperti selalu, saya bangun dan terus mencapai telefon bimbit – skrol Instagram dan FB serta melihat mesej Whatsapp. Pagi itu beratus-ratus mesej Whatsapp ada dalam notifikasi telefon saya. Membaca satu persatu, awan kelabu yang menutupi seluruh langit saya rasakan berarak sedikit demi sedikit. Menampakkan langit serba biru lagi cerah berhias tompok-tompok awan putih berkepuk-kepuk. Walaupun saya tidak lahir waktu merdeka, tapi perasaan pagi 10 Mei itu sepertikan Malaysia baru merdeka. Seluruh negara bagaikan baru terlepas daripada sumpahan sekian lama yang membuatkan bumi ini tidak subur, berselimut aura negatif, kelam dan tiada harapan. Enam puluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Bukan tak pernah ia memajukan negara.