www.upscalerolex.to

Tag Archives positivity

Azam 2020: Mencari Kegembiraan Sebagai Amalan

Oleh 0 Comments4 minit untuk membaca
Azam 2020: Mencari Kegembiraan Sebagai Amalan

Saya berdiri di luar studio selepas tamat penggambaran Fresh Face 2020 (FF20). Setelah beberapa ketika, salah seorang daripada FF20, Nadia keluar dari studio. Mengucapkan selamat tinggal saya bertanya kepadanya, “Bagaimana kamu pulang?” Sambil menunjuk ke arah kereta di depan kami dia menjawab, “Tu suami dah sampai.” Ya, Nadia salah seorang daripada FF20 kami tahun depan ialah seorang suri rumah sepenuh masa. Memiliki tiga anak, katanya sejak kelahiran anak pertama dia dan suami memutuskan bahawa dia akan menumpu penuh kepada menjaga dan membesarkan anak-anak. Nadia bekerja sebagai arkitek sebelum itu. Saya terkesan waktu menemubual dia di sesi casting FF20. Kerana dalam pada dia bercerita tentang kisah hidupnya, dia jadi sebak kerana memikirkan banyak orang tidak memandang berat kepada kerjaya sebagai ibu sepenuh masa. Katanya, “Banyak yang merasakan menjadi ibu sepenuh masa itu bukanlah satu kerjaya…”