www.upscalerolex.to

Tag Archives stail peribadi

Kenali Bentuk Tubuh dan Personaliti Diri Untuk Membina Stail Peribadi

Oleh 0 Comments4 minit untuk membaca
Kenali Bentuk Tubuh dan Personaliti Diri Untuk Membina Stail Peribadi

Terlalu-lalu banyak trend dan stail yang dipersembahkan untuk musim luruh ini. Lalu tanya kamu, yang mana satu patut saya cuba dan terapkan dalam stail peribadi? Nah itu salah bagi saya. Kerana pada saatnya kamu bertanya soalan begitu kepada diri atau sesiapa pun, bermakna kamu tidak kenal dan arif tentang diri sendiri. Kamu tidak tahu bentuk tubuh kamu dan apa yang sesuai digayakannya. Kamu juga tidak tahu personaliti diri lalu menerapkan hanya yang sesuai dengan aktiviti dan kerjaya serta gaya hidup kamu. Memang dunia fesyen global saban musim amat galak mengetengahkan pelbagai idea dan trend yang boleh kamu cuba. Ini strategi pemasaran mereka. Sama ada mereka menurut permintaan atau pun mencipta permintaan itu, ini bukan masalah kita sebagai konsumer. Kita sebagai konsumer juga seharusnya sama bijak dengan rumah-rumah fesyen ini dan tidak hanya menurut dan membeli semua yang mereka persembahkan. Sebaliknya seelok-eloknya kita tapis dan pastikan dulu yang mana betul-betul akan kita pakai dan berbaloi untuk dibeli, barulah kita memutuskan untuk membeli.