Fahad aktor baru yang mula menempa nama dalam industri lakonan tempatan. Wataknya dalam siri Isteri VS Tunang membuatkan namanya semakin dikenali ramai. Aspirasinya satu hari ialah untuk menjadi pengarah berjaya. Kenali lelaki usia 23 berdarah kacukan ini.
Nadhirah Zamani
Guru piano sepenuh masa dan bakal merakamkan album tak lama lagi, instagrammer dengan 246K followers dan youtuber ini menyatakan pandangannya tentang wanita hari ini yang memiliki peluang sama dengan lelaki. Baca lagi pandangan lainnya?
Naressa Khan
Penulis di laman web offdutylifestyle ini berpendapat bahawa generasi hari ini lebih mudah beradaptasi dengan perkara baru. Dan jika dapat pula menyuntik keberanian yang dimiliki Gen-Xers, pasti dunia hari ini akan jadi lebih baik.
Nasri Lian
Pengarah filem di Groundhouse Media ini juga adalah suami kepada social influencer Hanie Hidayah. Dia kini mengelolakan laman web Whatever There Was Travel bersama Hanie dan teman-teman.
Hanie Hidayah
Blogger, instagrammer dan social influencer, Hanie Hidayah juga gemar mengembara. Kerana itu kini dia turut memiliki portal kembara Whatever There Was bersama suaminya yang memaparkan jurnal kembara mereka berdua bersama teman-teman mereka. Biarpun sebenarnya dia mahu menjadi ahli biologi marin waktu kecil.
Kahoe
Kahoe mula dikenali sejak berlakon filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Kini selain berlakon dia juga aktif sebagai model dan talent. Dia mahu menjadi tua seperti Ellen Degeneres yang sentiasa berusaha mahu menjadikan dunia lebih sempurna.
Ana Abu
Banyak yang boleh dipelajari daripada usahawan jenama sendiri Ana Abu Co. ini. Biar baru berusia 28, usahanya membangunkan jenama sendiri dari sifar wajar dicontohi.
Ali Aiman
ALI AIMAN, KUALA LUMPUR, 28, PEMUZIK Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya…