Kahoe mula dikenali sejak berlakon filem Talentime arahan Yasmin Ahmad. Kini selain berlakon dia juga aktif sebagai model dan talent. Dia mahu menjadi tua seperti Ellen Degeneres yang sentiasa berusaha mahu menjadikan dunia lebih sempurna.
Banyak yang boleh dipelajari daripada usahawan jenama sendiri Ana Abu Co. ini. Biar baru berusia 28, usahanya membangunkan jenama sendiri dari sifar wajar dicontohi.
Syamim Farid baru sahaja tamat belajar dalam bidang perniagaan dan memulakan kerjaya sebagai pengacara bersama Astro Go Shop serta H Live. Pemilik wajah cantik ini juga merasakan perkara terbaik menjadi gadis pada 2016 ialah pabila dia dilamar menjadi isteri.
Tidak pernah sekalipun dia mengimpikan menjadi model tetapi bagi Joharee Muhammad ini adalah perkara terbaik pernah dilakukannya setakat ini. Bersiaran secara online melalui portal Peaceyall FM, Joharee yang juga seorang VJ turut memiliki bisnes Kopiboy.
Jika diberi peluang untuk menjadi lain, pelakon baru berasal dari Kuching, Sarawak, Zowa ingin menjadi Will Smith kerana dia individu yang berjaya dan rendah diri. Dia juga bekerja sebagai pramugara sepenuh masa.
Model sambilan dan peramugari sepenuh masa ini sewaktu membesar bercita-cita mahu memasuki beauty pageant dan tahun lalu berjaya menjadi satu daripada lima teratas pertandingan Dewi Remaja.
Model baru Drey Wong rupa-rupanya juga boleh menulis. kebolehannya menulis dicurahkan pada beberapa portal tempatan dan membantu teman-teman pereka menulis press release…