www.upscalerolex.to

Tag Archives the help

You Is Kind, You Is Smart, You Is Important

Oleh 0 Comments6 minit untuk membaca
You Is Kind, You Is Smart, You Is Important

Babak di mana Viola Davis memberitahu kata-kata akhir kepada anak gadis kulit putih yang dijaganya sebelum dia beredar dari rumah tuannya dalam filem The Help sungguh membekas. Sampai saya ambil menjadi prinsip hidup sendiri. Katanya kepada anak kecil yang menangis-nangis seperti tahu dia akan pergi selama-lamanya kerana diberhentikan kerja dan takkan menjadi nanny nya lagi, “You remember what I told you?” Dan anak kecil itu menjawab, “You is kind, you is smart, you is important.” Saya takkan gagal menangis setiap kali menonton babak ini. Kata-kata ini juga saya ambil jadi pengajaran dan rumusan untuk menutup 2018. Sedar tak sedar kita sudah berada dalam bulan Disember. Klise sungguh kalau saya menyebut yang masa beredar begitu pantas kerana ini telah pun disebut berkali-kali oleh banyak orang. Zaman kita dikejar arus kemodenan ini memang lumrahlah masa semakin cepat berlalu. Zaman Instagram dan online, zaman segala-galanya di hujung jari. Kerana itulah sekelip mata, kita dah berada di penghujung tahun. Apakah yang kamu belajar sepanjang 2018? Apakah kamu masih individu yang sama seperti sewaktu tahun ini bermula? Atau terlalu banyak pengajaran yang kamu peroleh sehingga kamu menjadi insan yang amat berlainan.