www.upscalerolex.to

Tag Archives the new silent killer

Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya

Oleh 0 Comments5 minit untuk membaca
Anxiety: Malang Sungguh Kalau Kamu Tunduk Kepadanya

Suatu malam selepas perjumpaan penting dengan peguam, saya berdepan dengan satu pengalaman hitam. Saya pernah mendengar pengalaman sebegini daripada beberapa teman saya tetapi selain daripada menunjukkan empati, saya tidaklah benar-benar memahaminya. Kerana saya tidak pernah melaluinya sendiri. Selepas pertemuan dengan peguam, kami makan malam bersama. Waktu itu lagi saya sudah perasan yang perhatian saya tidak lagi bersama dia dan rakan niaga saya, Amy. Saya bagai tidak dapat fokus pada perbualan mereka dan tidak bersungguh mendengar apalagi mencuba untuk memberi respons sebaiknya. Minta diri seketika daripada meja makan untuk mengambil rokok yang tertinggal dalam kereta, sewaktu berjalan untuk kembali ke restoran saya terserempak dengan teman dari tempat spinning, Aloha Cycle Club. Saya memang sangat menikmati perbualan dengannya sebelum-sebelum ini. Saya gembira terserempak dengan dia dan saya mendengar apa yang dia bualkan. Tapi yang saya ingat hanyalah bunyi hingar dalam telinga saya. Buzzing seperti bunyi sekumpulan lebah sedang berlegar di luar telinga. Kembali ke meja makan, perasaan saya memang seperti tidak mahu lagi berada di situ. Saya mahu pulang dan bersendirian.