SEARCH

Tag: tun m

#CoupleGoals Tun M & Tun Siti ‘Standing in the Eyes of the World’

Budaya Seni 12 July 2019 0 Comments

Lagu ikonik Standing in The Eyes of The World dihembus nafas baru sempena ulang tahun kelahiran buah hati rakyat Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Siti Hasmah. Bersempena sambutan ulang tahun kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ke-94 tahun dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah yang ke-93, Astro Gempak berbesar hati menerbitkan muzik video tribute berjudul…

read more

#MalaysiaBaru ‘Harapan Jadi Nyata’ – Hadiah Buat Tun M

Budaya Muzik 3 July 2018 0 Comments

Ibarat condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak. Begitulah wadah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M). Pernah menyandang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4 selama 22 tahun (1981-2003), Tun M berjaya mengukir nama Malaysia di peta dunia sehingga bergelar sebagai Harimau Asia. Tarikh keramat pada 10 Mei 2018 yang lalu, dunia sekali lagi menyaksikan pelantikan Tun M sebagai Perdana…

read more

Selamat Hari Raya Malaysia Yang Baharu

Kata Pengarang Rencana 5 June 2018 0 Comments

Tanggal 10 Mei 2018. Seluruh rakyat Malaysia bangun pagi dengan perasaan yang sungguh ringan. Seperti selalu, saya bangun dan terus mencapai telefon bimbit – skrol Instagram dan FB serta melihat mesej Whatsapp. Pagi itu beratus-ratus mesej Whatsapp ada dalam notifikasi telefon saya. Membaca satu persatu, awan kelabu yang menutupi seluruh langit saya rasakan berarak sedikit demi sedikit. Menampakkan langit serba biru lagi cerah berhias tompok-tompok awan putih berkepuk-kepuk.

Walaupun saya tidak lahir waktu merdeka, tapi perasaan pagi 10 Mei itu sepertikan Malaysia baru merdeka. Seluruh negara bagaikan baru terlepas daripada sumpahan sekian lama yang membuatkan bumi ini tidak subur, berselimut aura negatif, kelam dan tiada harapan. Enam puluh tahun lamanya Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. Bukan tak pernah ia memajukan negara.

read more

SUBSCRIBE