GF Ismail Izzani, Shalma Eliana Lebih Teruja Menyanyi Selepas Terjatuh Balkoni

‘Mahukah Kamu’ mendekati Shalma Eliana

Mahukah Kamu - Shalma Eliana - Gf Ismail Izzani

Hampir setahun menyepi dari radar industri, penyanyi Shalma Eliana kini kembali mempertaruhkan lagu terbarunya, Mahukah Kamu ft Fariz Jabba, hasil ciptaan rapper dan komposer, Alif.

Shalma yang mengalami kecederaan serius akibat patah tulang kaki di bahagian tumit selepas insiden jatuh dari balkoni Ogos tahun lalu, menyatakan perasaan teruja untuk melancarkan lagu berkenaan.

“Keterujaan melancarkan ‘Mahukah Kamu’ sebenarnya lebih menguasai diri berbanding kesakitan yang dirasai,” ujarnya.

‘Mahukah Kamu’ adalah sebuah lagu yang dilahirkan dengan cetusan melodi R&B dan pop, yang dicipta bertujuan untuk memperkasakan wanita. Kekuatan lagu ini terletak pada mesej yang cuba disampaikan iaitu seorang wanita tidak perlu meletakkan harapan terlalu tinggi untuk seorang lelaki yang tidak menghargai mereka dalam sesebuah perhubungan.

Bagi Shalma, ‘Mahukah Kamu’ tidak mengangkat tema percintaan klise, biarpun ia menyamai pengalaman lalu yang banyak memberi pengajaran buatnya. Namun sekarang, Shalma lebih selesa menumpukan sepenuh perhatian pada karier dan masa hadapannya. Dia berkata, cinta bukanlah menjadi keutamaan sekarang.

Lirik Mahukah Kamu - Shalma Eliana - Gf Ismail Izzani

“Amat penting untuk seseorang wanita itu mempertahankan maruah mereka dan menetapkan pendirian diri. Ini kerana wanita sering dianggap sebagai insan yang lemah, sedangkan mereka tidak” – Shalma Eliana

Adik kepada pengacara Shalma Ainaa itu juga mempunyai strategi tersendiri untuk mengukuhkan namanya dalam industri. Caranya dia perlu sentiasa mengintai peluang baru untuk mendapatkan khidmat penerbit yang bukan sahaja berbakat, malah mengetahui trend muzik semasa. Kerana itu Shalma memilih Alif untuk menggalas tanggungjawab ini.

Shalma juga mengakui dia adalah seorang peminat setia Fariz Jabba. Dia berasa sangat teruja dan bersyukur apabila dapat berkolaborasi bersama kedua-dua artis dari Seberang Tambak ini. Shalma turut mendedahkan ‘Mahukah Kamu’ cuma mengambil masa sehari untuk siap sepenuhnya apabila ia dirakamkan di studio milik Alif.

Fariz Jabba - Mahukah Kamu - Shalma Eliana - Gf Ismail Izzani

“Alhamdullilah, saya cuma mengambil masa sehari sahaja untuk merakam ‘Mahukah Kamu'” – Shalma Eliana

Namun pada awalnya, ‘Mahukah Kamu’ dirancang untuk direkodkan secara solo tetapi keputusan itu berubah selepas berpendapat lebih baik jika lagu itu turut memuatkan vokal seorang penyanyi lelaki. Semasa itulah timbul idea untuk memasukkan vokal rap @FarizJabba dalam lagu tersebut.

Sedikit mengenai latarbelakang Shalma, bakat baru ini mula meraih perhatian ramai selepas banyak menyanyikan cover lagu dari artis-artis terkenal dan memuat-naiknya di laman Instagram milikinya, @ShalmaEliana, sejak dia berusia 15 tahun. Seiring dengan bakat yang dimiliki, kebolehan dan pakej lengkap yang dimilikinya, berjaya menarik lamaran Universal Music Malaysia untuk menawarkan kontrak sebagai artis rakaman di bawah naungan mereka.

Mahukah Kamu boleh didengarkan di semua platform penstriman atas talian seperti Spotifu, Joox, KKBOX, Youtube dan Apple Music.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Adakah Topeng Muka Boleh Hindari Daripada Berjangkit Coronavirus?
GF Ismail Izzani, Shalma Eliana Lebih Teruja Menyanyi Selepas Terjatuh Balkoni