#Review Rock 4 Lebih Rock Berbanding Filem-Filem Rock Yang Terdahulu?

Jika Rock Bro (2016) dikatakan pengakhiran sempurna bagi Rock (2005) dan Rock Oo! (2012), mungkinkah Rock 4 adalah permulaan kepada perjuangan mengembalikan era ‘rock kapak’ kepada generasi milenial?

Pengarah prolifik, @MamatKhalid kini kembali dengan naskhah terbaru bagi Semesta Sinema Rock bertajuk Rock 4: Rockers Never Dai yang dijangka bakal mencetuskan fenomena ‘rock n roll’ dalam industri filem dan muzik tempatan.

Sambutan luar biasa yang diterima filem-filem Rock terdahulu, menjadi ilham dan inspirasi kepada Mamat Khalid untuk menyambung legasi filem tersebut. Rock 4: Rockers Never Dai, diterajui oleh Sharwani NS, Hazama, Adam John, Bulan Terry dan Nazimi Fahmi serta penampilan khas oleh Dato’ Awie, Khir Rahman, Madnoor Hendrix, Edrie Hashim, Pekin Ibrahim, Kamarool Hj Yusof dan ramai lagi.

Sinopsis Rock 4: Rockers Never Dai

SINOPSIS ROCK 4: ROCKERS NEVER DAI

Rock 4: Rockers Never Dai bermula apabila Ronnie James “Dio” (Sharwani NS) tersedar daripada koma selepas berbelas tahun terlibat dalam satu kemalangan.

Dio tidak dapat menerima hakikat tentang trend muzik yang sudah berubah secara drastik dan tidak lagi menampilkan mutu dan bakat nyanyian yang sebenar. Semasa dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan trend muzik moden, Dio sering mengimbau kembali kenangan ketika dia bersama kumpulan Rimba Bara.

Dio nekad untuk menyelamatkan industri muzik rock sebelum terlambat. Dengan bantuan media sosial, Dio berjaya menubuhkan kumpulan Rimba Bara 2. Dapatkah Dio membawa muzik rock kembali ke era kegemilangannya dan menyambung legasi rock melalui Rimba Bara 2?

Rimba Bara 2 Rock 4: Rockers Never Dai

Melihat kembali kejayaan filem trilogi Rock, ia sememangnya filem yang paling dinanti-nantikan oleh semua peminat filem rock tegar di Malaysia. Filem arahan Mamat Khalid ini dizahirkan melalui penceritaan yang berkisarkan perit-getir perjalanan pemuzik rock tanah air, yang sehingga kini masih gigih memperjuangkan muzik rock sehingga ia menjadi terkenal di serata pelosok negara.

Rock 4: Rockers Never Dai adalah filem yang memaparkan revolusi industri muzik bergenre rock dan bakal membawa kamu mengimbau kembali momen penuh nostalgia. Kamu pasti akan enjoy dan sing-out-loud bersama! Filem arahan rockers tegar kelahiran Ipoh, Perak ini akan membuatkan kamu keluar panggung dengan perasaan gembira dan teruja.

Rock 4: Rockers Never Dai Lebih Rock Berbanding Filem-Filem Rock Yang Terdahulu?


“Saya yakin naskhah terbaru saya ini bukan sahaja mampu menarik semua lapisan masyarakat untuk menonton malah ia bakal menjadi fenomena baru kepada generasi moden untuk mengenali muzik-muzik rock era 80-an dan 90-an. Rock terbukti ada peminat tersendiri dan saya harap penonton suka. Secara keseluruhannya, Rock 4 adalah sebuah feel good movie untuk tahun ini,” ujar Mamat Khalid selaku pengarah filem ini.


Rockers Never Dai Generasi Baru!

Sementara itu, dua runut bunyi akan mengiringi filem ini – ‘Kau Yang Bernama Seri’, nyanyian semula oleh Hazama dan lagu baru nyanyian dan ciptaan Adam John iaitu ‘Rock ‘N’ Roll Takkan Mati’. Kedua-dua lagu ini bakal berada di pelantar digital mulai hujung bulan Februari.

Antara inisiatif lain untuk Rock 4: Rockers Never Dai adalah satu kompilasi lagu-lagu dari filem Rock (2005), Rock Oo! (2012) dan Rock Bro! (2016) termasuk Rock 4 (2020) yang akan berada di pelantar digital sempena tribute kepada Rimba Bara dan legasi filem-filem Rock.

Rock 4: Rockers Never Dai bakal menemui kamu di 131 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei mulai 20 Februari 2020.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Kenali Penyanyi Deewani Mastani Sebenar, Shreya Ghoshal!
#Review Rock 4 Lebih Rock Berbanding Filem-Filem Rock Yang Terdahulu?