Anugerah MeleTOP ERA 2020 Tunda Ke Tarikh Baru? Terbaik! Astro Beri Saluran Percuma!

Anugerah Meletop ERA 2020 tunda gara-gara Coronovirus

Tarikh baru Anugerah Meletop Era 2020 Tunda

Susulan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia serta sejajar dengan pengumuman Kerajaan Malaysia untuk menangguhkan sebarang perhimpunan awam termasuk sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020, penganjuran Anugerah MeleTOP Era 2020 (#AME2020) yang sebelum ini dijadualkan bersiaran secara langsung pada 12 April 2020 akan turut ditunda ke satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kelak.

Ia sebahagian usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil Astro untuk membendung penyebaran wabak tersebut bagi memastikan keselamatan semua pihak (produksi, selebriti, penonton) yang terlibat dapat diutamakan. Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baru untuk acara tahunan tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Tarikh baru Anugerah Meletop Era 2020 Tunda

Faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh baru #AME2020 serta jadual selebriti juga perlu dipertimbangkan.

Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai #Top5 bintang #AME2020 kegemaran kamu yang dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi #AME2020 dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020. Kiraan penuh undian #AME2020 juga akan terus dilakukan sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Pihak Astro Malaysia memohon maaf atas segala kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baru Anugerah MeleTOP Era 2020 di masa terdekat. Untuk sebarang informasi mengenai #AME2020, layari www.anugerahmeletopera.com.my

Astro tawarkan siaran semua Saluran Filem secara percuma!

Sementara negara dilanda cabaran mengawal wabak COVID-19 dengan mengambil langkah berjaga-jaga seperti Perintah Kawalan Pergerakan, Astro tetap dengan iltizamnya untuk sentiasa berkhidmat kepada rakyat Malaysia dengan menyajikan kandungan yang berinformasi dan menghiburkan.

Justeru, pelanggan Astro boleh menikmati kesemua Saluran Filem di Astro dan Astro GO secara percuma! Penggemar filem boleh menyaksikan musim terbaru ‘Westworld’ di saluran HBO serta pelbagai filem pecah panggung seperti ‘Avengers: End Game’ di saluran Fox Movies, ‘Parasite’ di saluran tvN Movies dan banyak lagi.

Strim semua program kegemaran kamu pada bila-bila masa, di mana jua kamu berada, dengan aplikasi Astro GO. Tidak dilupakan, pelanggan NJOI juga boleh menikmati dua saluran tambahan, KIX dan Nat Geo WILD. Siaran secara percuma ini akan berakhir pada jam 11:59 malam, Selasa, 31 Mac 2020.

Pelanggan Pek Sukan ditawarkan akses percuma untuk menonton semua saluran Astro

Bukan itu sahaja, Astro dengan berbesar hati menawarkan lebih banyak pilihan sajian kandungan kepada pelanggan Pek Sukan dengan memberi akses percuma untuk menonton semua saluran Astro, mulai hari ini hingga 30 April 2020.

Ketua Saluran Sukan Astro, Lee Choong Khay berkata, “Situasi COVID-19 yang kian menular menyebabkan banyak acara sukan di peringkat global ditunda oleh pihak penganjur. Terdahulu, kami mengumumkan pelanggan setia Pek Sukan bakal menikmati akses untuk menonton UEFA Euro 2020 secara percuma. Kami komited untuk berbuat demikian apabila perlawanan ini bermula pada tarikh baru iaitu 11 Jun hingga 11 Julai 2021 nanti,” ucapnya.

Sementara dunia menghadapi situasi mencabar bagi mengekang wabak COVID-19 dari menular dengan lebih serius, Astro terus komited untuk menawarkan perkhidmatan kepada semua peminat sukan di Malaysia. Astro sentiasa bekerjasama rapat dengan pembekal kandungan sukan untuk menyajikan hanya yang terbaik buat setiap pelanggan Astro.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
5 Netflix Binge-Watch Show Sepanjang Tempoh ‘Berkurung’ Ini
Anugerah MeleTOP ERA 2020 Tunda Ke Tarikh Baru? Terbaik! Astro Beri Saluran Percuma!