Drey Wong

DREY WONG, 21, MODEL/ PENULIS

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Kebanyakannya bertumpu pada modeling dan saya juga menulis sebagai kerja sampingan. Untuk website dan juga membantu teman-teman pereka yang meminta saya menulis press release untuk mereka.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Saya dan sekumpulan teman-teman sesat dalam hutan waktu trekking dalam menyusuri sungai. Pabila akhirnya kami bertemu jalan keluar, kami diberitahu sudah ada pasukan penyelamat sudah dihantar untuk mencari kami. Pretty scary but pretty damn awesome.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Tentunya kerana saya tidak lagi perlu terikat dengan batas tradisional peran dan definisi masyarakat tentang menjadi gadis.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Major Patricia Yapp, juruterbang wanita Malaysia. Kerana saya suka fighter jets dan dia wanita pertama di Malaysia yang boleh menerbangkan jet ini.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Masa di mana saya memutuskan berhenti belajar di universiti dan memikirkan cara untuk meneruskan hidup.

Hari yang sempurna buat kamu? Apa-apa sahaja hari bersantai di tepi pantai ialah hari yang sempurna buat saya.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? A generation of contradictions: Kami sangat tech-savvy tapi kami mengharap sangat untuk disconnect. Kami nak sangat hidup selesa tapi malas nak berusaha bagi mendapatkannya. Kami hyperintelligent tapi tak cukup bijak untuk melaksanakan sesuatu perkara 100 peratus.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Kami sangat insecure dan kami tak tahu bila masa sesuai untuk disconnect.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Punya kerjaya stabil, membeli-belah setiap hari dan menyarung tumit tinggi.

Kamu ingin tua seperti…? Menjadi sangat gembira dengan hidup saya dan diri sendiri tanpa sebarang sesalan.

Gambar Andy Ong/31 Square
Penata Gaya Azreezal Hafidz
Solekan/Rambut Fendi Sani
Arahan Seni Merrissa Emilda
Penyelaras Hafizan Mohd
Suntingan video Hakimi Asari

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Siapa Wanita STAIL.MY? Cristina & Deanna
Drey Wong