Kahoe

Cover10_ForFeature
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
KAHOE, 24, MODEL/ PELAKON

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Meningkatkan semua aspek kerjaya saya. Kini saya sedang dalam penggambaran drama dan beberapa filem pendek.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Saya tengah meluncur ombak di L.A dan next thing I know, beberapa ikan lumba-lumba sedang meluncur sama bersebelahan saya. Momen paling tak boleh saya lupakan sampai bila-bila.

Apa perkara terbaik menjadi seorang lelaki pada 2016? Kita ada akses untuk sebarang bentuk informasi kalau kita bijak menggunakannya ke arah kebaikan – menggunakan teknologi dan internet. Ia membantu kita jimat banyak masa bagi mencapai impian dan berhubungan dengan dunia.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Saya peminat bola sepak jadi saya ingin sangat ‘bertukar’ kehidupan dengan Eden Hazard, pemain kegemaran saya. Dia juga bermain untuk pasukan kegemaran saya Chelsea.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Harinya di mana saya bertemu Yasmin Ahmad dan Dean Burhanuddin. Pabila mereka percaya dengan bakat saya. Dan mendapat skor yang baik dalam lakonan dan pembikinan filem – tidak pernah saya jangka sebab saya tak pandai sangat belajar.

Hari yang sempurna buat kamu? Bangun dan minum secangkir kopi, menikmati hari yang malas di pantai, meluncur ombak dan bermain bola sepak/ futsal.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Generasi hari ini terdedah dengan teknologi terkini dan sering dikecam media kerana kepercayaan diri. Kami lebih bergantung kepada teknologi. Saya rasa banyak anak muda hari ini jarang menggunakan pen dan kertas tetapi sangat arif dengan iPad dan iPhone antaranya.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Teknologi!!!!

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Secara jujurnya berlakon. Sentiasa mahu jadi pelakon sejak usia 11.

Kamu ingin tua seperti…? Seperti Ellen Degeneres. Kerana dia sentiasa mencuba yang terbaik untuk membantu dunia menjadi lebih baik. Baik hati dan rendah diri.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Ana Abu
Kahoe