Nadhirah Zamani

Cover14_ForInsta
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
NADHIRAH ZAMANI, SHAH ALAM, 24, PENYANYI/ INSTAGRAMMER & YOUTUBER

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Sepenuh masa saya adalah seorang guru piano dan bakal menerbitkan single pertama saya tidak lama lagi.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Peluang merakam lagu sendiri adalah momen paling hebat saya rasakan buat masa sekarang. I always love music cuma tidak menyangka punya peluang merakam single.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Peluang sama rata dengan lelaki. Kami juga bebas melakukan apa yang kami mahu dan lebih terbuka dalam banyak situasi.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Ibu saya kerana mahu merasai sendiri pengalaman fesyen 70-an dan 80-an.

Momen yang membuatkan kamu bersyukur / rendah diri? Setiap kali di rumah bersama keluarga tersayang. Cukup sekadar menonton televisyen bersama kerana tidak semua punya pengalaman serupa.

Hari yang sempurna buat kamu? Bukan tentang hari tetapi bagi saya tentang attitude kita sendiri cara mahu menjadikan hari-hari yang dilalui lebih baik dari sebelumnya. Jadi setiap hari adalah hari yang sempurna buat saya.

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Lebih kreatif, berfikiran terbuka dan bebas bersuara.

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Akses bagi mendapatkan maklumat dengan lebih mudah dan cepat.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Berkahwin dan menjadi suri rumah tangga.

Kamu ingin tua seperti‚Ķ? Saya ingin muda selamanya…

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Naressa Khan
Nadhirah Zamani