Naressa Khan

Cover13_ForInsta
Gambar: Andy Ong/31 Square. Penata Gaya: Azreezal Hafidz. Solekan/Rambut: Fendi Sani. Arahan Seni: Merrissa Emilda. Penyelaras: Hafizan Mohd. Suntingan video: Hakimi Asari.
NARESSA KHAN, 25, KUALA LUMPUR, PENULIS (www.offdutylifestyle.com)

Apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier? Saya sentiasa mencari tujuan kerana tanpa makna, tiada ertinya. Laluan mencari kebahagiaan = laluan saya. Dan apa jua yang saya lakukan dalam hidup sekarang adalah dalam manifestasi fizikal menuju ke arah itu. Kini, maknanya untuk terus bertemu individu-individu yang memberi ilham dan menemu bual mereka.

Ceritakan pada kami tentang perkara paling hebat pernah kamu lakukan. Pendek cerita, mestilah hari yang indah dan psychedelic di pantai… dan saya berjaya keluar daripada hari indah itu, mengekstrak cerita-cerita daripada insan-insan yang memberi ilham untuk dikongsi dengan dunia satu hari nanti. TUNGGU.

Apa perkara terbaik menjadi seorang gadis pada 2016? Peluang memainkan watak androgyny dan getting away with it (as a girl)!!!! “Deconstructed” is beautiful.

Jika diberi peluang untuk menjadi individu lain, siapa dan mengapa? Steve Jobs. Dia mengubah arus sejarah dengan menjawab semua ‘why’ dan tidak banyak orang yang boleh lakukan itu. Memikirkan perkara ini dapat duduk dengan dia dalam dunia ‘after-life’ dengannya would be nice… TEH TARIK INCLUDED).

Momen yang membuatkan kamu bersyukur/ rendah diri? Momen itu, tidak lama dahulu pabila saya sedar bahawa tiada apa yang kekal dan kematian menunggu kita semua… Pabila kita ingat mati, kita akan mengutamakan menjadi diri sendiri yang paling autentik dan memberi yang terbaik setiap hari. Carpe diem.

Hari yang sempurna buat kamu? Pabila semua kerja yang saya perlu buat siap, siram bunga… dan HBO on! Dalam kata lain – muh weekends!

Pandangan kamu tentang generasi hari ini? Kami mengadaptasi dengan baik terhadap perkara baru. Dan jika kami dapat mengaplikasikan keberanian yang ada pada Gen X-ers sebelum kami ke dalam perkara yang kami sudah lakukan hari ini, kami akan dapat merubah dunia menjadi lebih baik. Jangan pernah membiarkan orang beritahu kamu, “you just have the internet.”

Apa yang membezakan generasi kamu dengan generasi sebelum ini? Expansion of consciousness generasi hari ini = sangat pantas! Dan kami millenials sangat optimistik, which is great.

Ketika kecil apa yang kamu bayangkan pabila berada di usia ini? Saya ingat saya akan jadi doctor LOL. Tapi saya kira hari ini saya menjadi doktor perkataan. Taklah teruk sangat kan?

Kamu ingin tua seperti…? Ibu saya! Kalau bukan dia, aktres Rene Russo. She’s hot.

 

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Nasri Lian
Naressa Khan