Sindrom Patah Hati Sesuatu Yang Benar-Benar Menyakitkan!

Inilah perkara yang selalu orang terlupa tentang hati yang patah. Ia menyakitkan secara fizikal. Ya, peritnya rasa sampai ke emosi, kesedihan, kekecewaan dan ketakutan. Tetapi ia sering disertai dengan kesakitan sebenar dan sangat ketara. Kehilangan orang yang disayangi atau putus cinta boleh mencetuskan perasaan itu, ia dikenali sebagai “sindrom patah hati.” Sindrom ini disebabkan oleh tekanan emosi, termasuk kesedihan yang melampau. Berikut adalah semua yang kamu perlu tahu mengenainya.

Sindrom Patah Hati

Apakah sindrom patah hati?

Ia adalah keadaan sementara yang berlaku selepas tempoh kesedihan melampau. Sembilan puluh peratus kes terkena daripada kalangan wanita antara umur 58 dan 75. Sebenarnya, ramai orang keliru antara sindrom patah hati (juga dikenali sebagai Sindrom Takotsubo atau TTS) dengan serangan jantung kerana gejala – termasuk sesak nafas dan sakit dada. Tetapi walaupun serangan jantung berlaku apabila arteri disekat oleh bekuan darah daripada pembentukan lemak, tiada penyumbatan sedemikian berlaku semasa kes sindrom patah hati ini.

Apa yang menyebabkan sindrom ini?

Penyelidikan menunjukkan bahawa patah hati boleh disebabkan oleh gangguan emosi yang teruk, seperti kesedihan, kemarahan, atau ketakutan. Pada asasnya, apa-apa yang boleh menyebabkan tindak balas emosi yang sengit atau melampau.

Tekanan fizikal juga boleh menjadi pencetus terhadap masalah tersebut.

Tiada rawatan standard untuk sindrom ini. Selalunya doktor akan menentukan tindakan terbaik berdasarkan keparahan gejala dan faktor lain seperti tekanan darah.

Berita baiknya sindrom ini tidak selalunya membawa kematian. Tetapi pertimbangkan kemungkinan insentif tambahan untuk menjaga diri kamu selepas berpisah/ bercerai dengan kekasih secara emosi dan fizikal. Amalkan sesuatu yang boleh membantu kamu melupakan kejadian perit itu seperti ke kelas menari, yoga, gim atau cari kekasih baharu.

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Raf Simons & Prada Berpadu Tenaga : Expected / Unexpected?
Sindrom Patah Hati Sesuatu Yang Benar-Benar Menyakitkan!