Posted on July 29, 2026

Di sebalik kesibukan harian, ada masanya apa yang kita perlukan bukan sekadar urutan badan atau secawan kopi, tetapi satu pengalaman yang benar-benar memberi ruang untuk tubuh dan minda berehat. Itulah yang kami temui ketika mencuba Korea Head Spa Waterfall, satu rawatan yang menggabungkan kepakaran penjagaan rambut profesional dari Itali bersama teknologi mesin terapi kulit kepala dari Korea. Terletak strategik di kawasan Bukit Bintang, berhampiran Pavilion Kuala Lumpur dan KLCC, spa ini menjadi pilihan ideal untuk sesi self-care selepas waktu kerja mahupun hujung minggu yang lebih santai.

Di Sebalik Pengalaman Korea Head Spa
Sebaik sahaja sesi dimulakan, keadaan sekeliling yang tenang serta suasana spa yang minimalis terus memberikan rasa nyaman. Rawatan dimulakan dengan analisis kulit kepala sebelum ahli terapi memilih rangkaian produk penjagaan rambut profesional dari Itali yang bersesuaian dengan keadaan kulit kepala dan rambut. Setiap langkah rawatan dilakukan secara berperingkat, daripada sapuan serum atau minyak khas, urutan kulit kepala yang lembut, terapi menggunakan mesin scalp dari Korea, sehinggalah proses conditioning dan kemasan akhir. Keseluruhan pengalaman terasa cukup relaks sehingga mudah membuatkan anda terlena.
Apa yang paling menyerlah ialah penggunaan mesin terapi kulit kepala dari Korea yang membantu membersihkan sisa minyak, sel kulit mati dan kekotoran yang sukar dibersihkan melalui cucian biasa. Pada masa sama, stimulasi lembut pada kulit kepala memberikan rasa segar selain membantu meningkatkan penyerapan bahan aktif daripada produk yang digunakan.

Mengapa Produk Profesional Dari Itali Menjadi Pelengkap Rawatan?
Berbeza dengan produk penjagaan rambut harian, rangkaian profesional dari Itali yang digunakan sepanjang rawatan dirumus khas untuk memberikan nutrisi yang lebih mendalam kepada kulit kepala dan helaian rambut.
Selepas rawatan, rambut terasa lebih lembut, ringan dan mudah diurus, manakala kulit kepala pula memberikan rasa bersih tanpa menjadi kering. Gabungan produk profesional bersama teknologi mesin kulit kepala menjadikan keseluruhan rawatan lebih menyeluruh, terutama bagi mereka yang berdepan masalah rambut gugur, kulit kepala berminyak, kelemumur ringan atau penumpukan sisa produk. Namun begitu, seperti mana-mana rawatan spa, hasil jangka panjang bergantung kepada keadaan individu dan konsistensi penjagaan, bukannya satu sesi sahaja.

Bukan Sekadar Rawatan Rambut, Tetapi Terapi Untuk Minda
Apa yang menjadikan pengalaman ini lebih istimewa ialah elemen relaksasi yang sukar digambarkan. Bunyi aliran air ketika sesi Waterfall Head Spa, urutan kepala yang konsisten serta suasana spa yang damai menjadikan rawatan ini terasa seperti satu bentuk terapi emosi. Jika anda sering berdepan tekanan kerja, tidur yang tidak berkualiti atau sekadar ingin menghadiahkan diri sedikit masa untuk berehat, rawatan ini cukup sesuai dijadikan ritual self-care bulanan.
Jika anda mencari pengalaman spa yang memfokuskan kesihatan kulit kepala sambil menawarkan detik relaksasi yang benar-benar menyenangkan, singgahlah ke Emmebi Italia Head Spa Kuala Lumpur. Gabungan produk penjagaan rambut profesional dari Itali bersama teknologi mesin dari Korea memberikan pengalaman yang bukan sahaja memanjakan diri, malah membantu membersihkan dan menyegarkan kulit kepala secara menyeluruh. Bagi kami, inilah jenis rawatan yang membuatkan anda keluar dari spa dengan rasa lebih ringan, lebih segar dan seolah-olah sudah “reset” selepas minggu yang panjang. Kadangkala, itulah bentuk self-care yang paling kita perlukan.

Kami Turut MencubaCollagen Crystal Guasha Facial
Selain head spa, kami turut mencuba 45-Minute Collagen Crystal Guasha Facial, rawatan wajah yang memfokuskan kepada detoksifikasi, relaksasi otot wajah dan hidrasi kulit. Rawatan bermula dengan proses pembersihan wajah diikuti peel detox sebelum ahli terapi melakukan urutan titik tekanan menggunakan minyak wajah bersama batu kristal semula jadi seperti Rose Quartz, Jade dan Amethyst. Sesi diteruskan dengan urutan menggunakan batu inframerah yang memberikan rasa hangat dan membantu wajah terasa lebih relaks. Kemudian, wajah dipakaikan collagen face mask sebelum disudahkan dengan serum, krim mata, pelembap kolagen dan sunblock.
Selepas rawatan, kulit kelihatan lebih segar, lembap dan glowing. Walaupun perubahan yang ketara memerlukan rawatan berkala, sesi ini sangat sesuai sebagai persediaan sebelum acara penting atau apabila kulit terasa kusam akibat keletihan. Selain Korea Head Spa Waterfall dan Collagen Crystal Guasha Facial, spa ini turut menawarkan pelbagai rawatan lain termasuk scalp detox, scalp treatment, hair treatment, keratin treatment, pewarna rambut vegan tanpa ammonia, body massage, lymphatic massage, body scrub, Vichy Shower serta beberapa rawatan kecantikan lain yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pelanggan.




















.gif)

Apa pandangan anda?