Posted on September 9, 2026

Ramai mengenali kamu sebagai pempengaruh terkenal, siapa Syafiq Naser di sebalik media sosial?
Saya seorang manusia normal yang ada kehidupan peribadi seperti orang lain juga. Orang mungkin melihat saya sebagai seorang yang gila-gila dan happy-go-lucky, tapi di kehidupan nyata sebenarnya saya seorang yang ambivert, di tengah-tengah antara pemalu dan peramah. Saya sendiri ambil masa untuk berasa selesa dan rapat dengan orang yang baru saya kenal. Namun, alhamdulillah saya belajar untuk lebih yakin dalam bersosial menerusi media sosial juga.
Bagaimana akamu membina nama di media sosial sehingga tular dan dikenali?
Saya mula membina karekter diri di media sosial pada tahun 2019, pada ketika dunia dilanda pandemik. Saya mula dikenali menerusi kandungan parodi meniru dialog cerita Nur, sehingga viral video itu. Ada juga video saya terjatuh di ladang teh di Cameron Highlands yang menjadi tajuk utama banyak media dan dikongsi ramai netizen. Dari situ, kandungan saya menjadi perhatian sehingga dikenali di luar sana dan beroleh pendapatan menerusinya.

Benarkah media sosial ini boleh dijadikan sumber pendapatan dan apa kejayaan paling kamu banggakan setakat ini?
Saya asalnya seorang pereka grafik dan ya saya akui beroleh pendapatan yang lebih daripada gaji tetap sebelum ini menerusi kandungan yang dicipta. Berapa? Itu biarlah rahsia, cuma dengan pendapatan sebagai Content Craetor itulah saya mampu untuk membesarkan rumah Mak, boleh travel ke mana saja yang saya suka dan beli apa yang saya mahu. Memang menjadi impian saya untuk bahagiakan Mak dan beri apa yang dia perlukan. Syukurlah dengan rezeki ini.
POV kamu apabila ada yang memperlekehkan nilai seorang pempengaruh dan kandungan yang dimuatnaik?
Kita tidak boleh salahkan pihak yang beranggapan begitu jika pempengaruh itu sendiri membina karekter dan imej yang ’mengundang’. Memang ada, cuma tidak semua dan masih ramai pempengaruh kita yang ada nilai yang baik. Bagi saya, buatlah kandungan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dan setaraf dengan level kemampuan kita. Jika kita tidak pakar tentang sesuatu isu itu, tidak perlulah kita mahu ’into the scene’ semata-mata untuk mengejar viral, sedangkan ia memperlihatkan semula kebodohan kita. Fikir sebelum kongsi.

Kecaman netizen yang paling memberi kesan?
Saya sejenis yang membaca komen-komen netizen untuk melihat respond mereka. Ada yang saya telan, ada yang saya fikirkan semula. Saya pernah terima satu komen ini pada lima tahun lepas, antara bunyi komen dia macam ni; “tak lama lagi jadi perempuan lah ni.” Dan, selepas lima tahun, saya pun membalas komen itu untuk menepis semula andaian dia bahawasanya saya masih lelaki sehingga ke hari ini. Terkejut dia dan dia pun sudah meminta maaf.
Bagaimana terlintas untuk menyertai Fresh Face?
Saya nak cuba explore benda lain, terutamanya dalam fesyen. Saya suka bersiap dan berfesyen tapi tak menyerlah. Saya anggap ini adalah platform terbaik untuk saya mengenengah bakat lain. Saya tak terfikir untuk menang kerana awalnya pun saya tak tahu Fresh Face ini satu pertandingan rupanya.
Stail yang menjadi identiti kamu?
Warna! Itulah jiwa saya. Kalau pun saya pakai hitam dan putih, saya tetap mahu ada satu suntikan rona menjerit, sebagai contoh, all black, tiba-tiba stokin kuning. Pengaruh ini mungkin kerana saya ialah orang seni, yang sukakan sesuatu yang tidak membosankan. Empat warna pilihan saya ialah biru, kuning, merah dan oren.
Photographer: Edmund Lee
Videographer: Jufri Jamaludin
Stylist: Azreezal Hafidz
Teks: Afiza Kamarulzaman
Makeup: El Manda Zuhairy
Rambut: VV Chan mengunakan Schwarzkopf Taft
BACA: Fresh Face 2025 : Sheqin










.gif)
.gif)

Apa pandangan anda?