
Beauté Library memperkenalkan ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial Treatment, rawatan wajah baharu yang menggabungkan teknologi PlasmaFX™ Cold Wave dengan pendekatan penjagaan kulit yang lebih diperibadikan.
Dalam dunia kecantikan yang sentiasa mengejar kulit sempurna, Beauté Library memilih untuk melihatnya dari sudut yang berbeza. Menerusi kempen “Beauty, Without the Chase”, jenama ini mengetengahkan idea bahawa penjagaan kulit tidak seharusnya tentang mengejar kesempurnaan, tetapi memahami apa yang benar-benar diperlukan oleh kulit.
Pendekatan itu diperkenalkan menerusi ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial Treatment, yang dilancarkan pada acara Media dan KOL di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.

Setiap Kulit Mempunyai Keperluan Berbeza
Kempen “Beauty, Without the Chase” mengangkat kisah tiga wanita daripada peringkat kehidupan berbeza — seorang pelajar universiti, wanita berkerjaya dan wanita matang. Masing-masing dengan rutin serta cabaran kulit tersendiri.
Melalui kisah mereka, Beauté Library membawa mesej bahawa tiada satu pendekatan yang sesuai untuk semua. Daripada mengejar standard kecantikan tertentu, fokusnya adalah memahami keadaan kulit dan memilih penjagaan yang selari dengan keperluannya.

Teknologi Baharu Untuk Penjagaan Kulit
ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial menggabungkan PlasmaFX™ Cold Wave Technology dengan plant stem cell mask untuk membantu menghasilkan kulit yang kelihatan lebih segar dan terhidrat.
Teknologi Cold Wave ini dikatakan menawarkan sehingga 60 kali ganda penyerapan bahan aktif serta pengurangan 40 peratus bakteria penyebab jerawat, tanpa downtime.
PlasmaFX™ Cold Wave merupakan peranti bertaraf perubatan yang kini sedang melalui proses regulatori peranti perubatan yang berkaitan di Malaysia bersama Medical Device Authority (MDA), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beauty, Without the Chase
Direka untuk menangani masalah seperti kulit kusam, dehidrasi, tekstur tidak sekata dan tanda-tanda awal penuaan yang kelihatan, rawatan ini memberi fokus kepada hidrasi, keselesaan dan seri kulit.
Pada acara pelancaran, tetamu turut berpeluang melihat demonstrasi teknologi PlasmaFX™ Cold Wave serta mencuba sendiri rawatan ION+GLOW™ Bio-Renewal Facial.
Lebih daripada sekadar memperkenalkan rawatan baharu, Beauté Library mahu membawa satu cara pandang yang lebih personal terhadap penjagaan kulit, bahawa kecantikan tidak semestinya tentang mengejar apa yang dianggap sempurna, tetapi tentang memahami dan menjaga kulit dengan cara yang sesuai untuk diri sendiri.
Menerusi “Beauty, Without the Chase”, mungkin era baharu kecantikan bukan lagi tentang mengejar kulit yang sempurna, tetapi memberi perhatian kepada apa yang kulit kita perlukan.



















.gif)

Apa pandangan anda?