Gaya hidup aktif hari ini bukan sekadar tentang senaman. Cara kita menjaga tubuh, kulit dan keselesaan diri juga semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian.
Bagi mereka yang kerap bersenam, perkara kecil seperti peluh, pakaian yang rapat dengan kulit dan geseran ketika bergerak boleh mempengaruhi keselesaan. Sebab itu, grooming juga mula mendapat tempat dalam rutin mereka yang aktif.
Hair removal mungkin bukan perkara pertama yang terlintas apabila bercakap tentang wellness, tetapi bagi sesetengah individu, ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk berasa lebih selesa ketika bergerak.

Keselesaan Menjadi Keutamaan
Inilah idea di sebalik konsep “Kecergasan Tanpa Geseran” yang diperkenalkan STRIP. Pendekatan ini melihat hair removal bukan hanya sebagai rutin kecantikan, tetapi sebagai sebahagian daripada penjagaan diri untuk gaya hidup yang lebih aktif.
Rawatan proprietari STRIP, Advanced Fluorescence Technology (AFT), menggunakan tenaga yang disasarkan dan disalurkan secara beransur-ansur untuk membantu mengurangkan pertumbuhan rambut.
Menurut STRIP, AFT boleh membantu mengurangkan pertumbuhan rambut sehingga 80 peratus selepas enam hingga 12 sesi, bergantung kepada individu dan kawasan rawatan.
Bagi mereka yang aktif, keselesaan boleh membuat perbezaan. Geseran yang berlaku ketika bersenam, berjalan atau menjalani aktiviti harian mungkin kelihatan kecil, tetapi apabila ia berulang, ia boleh menjadi satu gangguan.
Konsep “Kecergasan Tanpa Geseran” cuba menangani perkara tersebut dengan memberi perhatian kepada aspek grooming yang sering dianggap remeh. Fokusnya bukan sekadar bagaimana kulit kelihatan, tetapi bagaimana seseorang berasa sepanjang hari.

Kulit Selepas Rawatan Juga Perlukan Perhatian
Rutin hair removal tidak berakhir sebaik sahaja rawatan selesai. Penjagaan selepas rawatan turut penting untuk memastikan kulit kekal selesa.
STRIP melengkapkan pendekatan ini menerusi TWO LIPS ICE, krim rawatan yang memberikan sensasi penyejukan dan membantu menenangkan kulit yang mengalami ketidakselesaan berkaitan geseran.
Diformulasikan dengan mentol, alga laut dan ekstrak akar liquorice, ICE direka untuk menyokong pemulihan serta penjagaan kulit. Menurut STRIP, produk ini telah diuji secara ginekologi dan dermatologi serta bebas daripada paraben dan sulfat.

Hair Removal Sebagai Sebahagian Daripada Self-Care
Hubungan antara hair removal dan gaya hidup aktif mungkin tidak begitu jelas pada mulanya. Namun, apabila wellness semakin merangkumi pelbagai aspek penjagaan diri, rutin grooming juga mula dilihat dalam konteks yang lebih luas.
Keselesaan, keyakinan dan penjagaan kulit semuanya memainkan peranan dalam bagaimana seseorang menjalani hari mereka.
Bagi mereka yang sentiasa bergerak, mungkin self-care bukan lagi sekadar meluangkan masa untuk diri sendiri. Ia juga tentang membuat pilihan yang membantu kita berasa lebih selesa dalam kulit sendiri.




















.gif)

Apa pandangan anda?