Posted on January 31, 2017
Gambar: Chee Wei/ Yipieyaya Teks: Zaidi Che grooming: Emmy Agung Pakaian: COS Sitting editor: Azreezal Hafidz
TASHA Yazmeen, 24 – PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
1 – Pertama, terangkan segalanya tentang diri kamu, apa yang kamu lakukan dalam hidup dan karier?
Buat masa ini, saya bekerja dalam sektor perhubungan awam mewakili beberapa jenama fesyen antarabangsa di ibu kota, Kuala Lumpur.
Actually, I’m a very shy girl. Jika pertama kali bertemu, pasti orang bilang saya sombong. Namun setelah mengenali sanubari, barulah mereka mengenali. Saya juga seorang yang sangat sensitif (ketawa).
2 – Apakah maksud ‘Perhubungan Awam’ bagi kamu?
MENGHUBUNGKAN PENGETAHUAN KEPADA ORANG RAMAI BERKENAAN SEGALA SESUATU HAL TENTANG PRODUK/JENAMA YANG DIBAWA.
Pastikan jenama atau produk yang dibawa itu selari dengan jangkaan dan kepercayaan yang dipegang umum. Seorang pegawai perhubungan yang baik harus memasarkan produk, mencipta jangkaan tinggi dan memastikan segala informasi yang dihebahkan sampai ke setiap lapisan masyarakat.
3 – Sudah berapa lama kamu berkecimpung dalam bidang perhubungan awam ini?
Mula berjinak sebagai pegawai perhubungan awam sejak September 2016. Lewat Julai tahun sama, saya menerima Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Komunikasi dan Fesyen.
4 – Perkara yang paling kamu suka tentang pekerjaan kamu?
I love fashion! Kalau menurut saya, fesyen itu punya elemen yang fun dan sentiasa berubah-ubah. Ia tidak statik dan selalu berkembang. Seperti fesyen, saya melihat bidang perhubungan awam juga begitu hendaknya.
5 – Sumbangan pekerjaan ini kepada diri kamu?
Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya seorang gadis yang sangat pemalu. Bidang ini memberi saya semacam suatu KEYAKINAN. Ia meniup semangat percaya diri yang tinggi. Melatih saya berjumpa dan mengutip pengalaman daripada ramai orang.
6 – Menurut kamu, apakah kamu melihat adanya perubahan atau transisi yang sedang berlaku dalam bidang perhubungan awam ini? Jika ya, apa? Jika tidak, kenapa?
YA, paling ketara dari sudut digital. Pada waktu ini, bidang perhubungan awam tidak lagi hanya bergantung pada majlis korporat atau hebahan media tradisional seperti majalah, papan iklan atau surat khabar. Sekarang dunia di hujung jari. Jaringan media sosial membuatkan bidang perhubungan awam kini mengalami perubahan dan evolusi.
7 – Namakan laman-laman media sosial tersebut? Pilih yang mana paling berguna buat kamu? Dan kenapa kamu memilihnya?
Facebook, Twitter dan Instagram. Saya percaya rata-rata orang awam paling tidak, pasti memiliki salah satu daripada laman-laman media sosial ini.
Instagram. Saya merasakan ia adalah pentas media sosial terbaik bagi menyebarkan informasi berserta gambar dengan mudah dan pantas. Everyone is on Instagram, nowadays.
8 – Namakan pula gajet atau aplikasi yang kamu tidak boleh lakukan kerja tanpanya?
Telefon pintar. Saya perlu menangkapi foto, memeriksa sambil membalas email dan menjawab panggilan-pangilan penting berkaitan kerja dengan kadar segera, pada satu-satu masa. I just can’t live without my smart phone.
9 – Nasihat kepada mereka, terutamanya siswa/pelajar komunikasi di luar sana yang ingin menceburi lapangan kerjaya ini?
Be a fast learner. Kamu harus menjadi seorang yang cepat, tangkas dan pantas. Seorang yang penyabar dan tahan lasak serta sanggup menyahut cabaran. Waspada pada perubahan isu dan gaya hidup sekeliling. Yang paling penting, buang perasaan malu.
10 – Harapan kamu untuk 2017
Semoga tahun 2017 ini dilimpahi RAHMAT, GEMBIRA dan CINTA.
Apa pandangan anda?