Posted on March 25, 2019
Sebelum ini saya hanya mendengar keagungan pengering rambut Dyson Supersonic ini. Banyak yang memuji inovasi dan rekaan pengering rambut ini. Ia dianggap mencetus revolusi dalam dunia penggayaan rambut. Masakan tidak, lihat sahaja pada rekaannya. Tentunya ia mengambil inspirasi daripada inovasi rekaan-rekaan produk Dyson yang terdahulu seperti penyedut hampagas dan kipasnya. Teknologi yang digunakan dinamakan Air Multiplier yang bisa menyedut udara di sekeliling lalu menukarnya menjadi angin yang menghembus (buat kipas) dan menyedut habuk (buat penyedut hampagasnya). Tetapi semua ini terjawab setelah saya sendiri mencuba pengering rambut amazing ini!
Tentunya pengering rambut Supersonic ini menggunakan teknologi yang sama. Berbanding pengering rambut biasa yang memiliki motor di bahagian bontotnya, Supersonic tidak datang dengan motor ini. Sebaliknya ia hanya memiliki lohong yang berfungsi menarik dan mengumpul udara di sekeliling lalu mengubahnya menjadi angin yang mengeringkan rambut. Motornya bagaimanapun disembunyikan dalam pemegang kurus pengering rambut ini. Motor ini hanya berfungsi untuk membekalkan haba yang membantu mengeringkan rambut dengan lebih cepat. Supersonic juga dilengkapi butang angin sejuk yang sungguh berguna dalam mengekalkan stail rambut yang tercipta. Fungsi ini juga bagus dalam mengekalkan sinar pada rambut.
Rekaan pengering rambut banyak berubah sejak 60-an. Kebanyakan masih menggunakan motor dempak yang hanya muat di bahagian kepala pengering rambut. Supersonic berbeza. It’s re-thought. Our small yet powerful digital motor sits in the handle. completely change the way it works!”
Istimewa untuk edisi terhad ini pula, pada bahagian lohongnya ditampal gold leaf 23.75K menggunakan tangan. Dyson menggunakan khidmat pakar penyepuh emas, Karen Haslewood. Sebelum lohong ini ditampal gold leaf, ia disadur dahulu dengan cat merah. Gold leaf yang digunakan datang dari Florence, Itali – dipilih kerana warna uniknya. Setiap satu lohong menggunakan lima helai daun emas ini.
5 SEBAB PENGERING RAMBUT DYSON SUPERSONIC INI AMAZING!
- Lohongnya bersadur gold leaf 23.75K yang diperoleh dari Florence, Itali. Ia menggunakan kepakaran penyepuh emas, Karen Haslewood.
- Usah cari motor Supersonic. Motor digital V9 Supersonic ini disembunyikan dalam pemegangnya. Ia memiliki 13 bilah berputar pada kelajuan 110,000 rpm.
- Supersonic memiliki thermistor bagi melindungi rambut daripada haba ekstrem. Ia mengekalkan sinar pada rambut.
- Ia pantas dalam mengeringkan rambut. Ini dicapai menggunakan aliran angin yang terkawal tetapi bervelositi tinggi daripada teknologi Air Multiplier.
- Nozzle Supersonic direka menggunakan penyambung magnetik. Jadi tak perlu risau kalau-kalau ia tercabut kerana lekatannya sungguh kejap.
Pengering rambut Dyson Supersonic dijual pada harga RM2,299 di shop.dyson.my atau Dyson Demo outlet.
Apa pandangan anda?