Posted on December 31, 2019
Siapa tidak kenal Lizzo, bintang pop popular serta pemain flut profesional. Tambahan lagi, dia turut dinobatkan sebagai Entertainer of The Year 2019 oleh Time Magazine.
Seorang yang menyokong kuat body positivity malah jika kamu lihat di Instagram nya, dia langsung tidak malu menonjolkan dirinya dengan cukup bold malah menghiburkan. Bukan sekadar itu, Lizzo juga sering menghidangkan kita dengan inspirasi solekan menerusi mekap hari-harinya. Dia secara tidak langsung mengajar peminatnya untuk menjadi diri sendiri, dan pada kami dia ternyata seorang yang memberi inspirasi kepada semua wanita di luar sana. Daripada solekan mata pelangi yang cukup dramatik sehinggalah ke solekan bibir merah hangat menawan, kami akan kongsikan 5 momen cantik Lizzo yang menjadi pilihan kami.
Antara favorit kami. Solekan inspirasi zaman 60-an dengan mainan rona palet pic menarik perhatian ramai ketika di majlis American Music Awards yang lalu (selain daripada tas tangan mini yang mencuri perhatian). Bulu mata palsu yang disarung Lizzo kena dengan keseluruhan look solekannya malam itu. Lizzo yang selama ini bold personalitinya apabila mengenakan solekan ini, dia tampak cukup lembut dan manis.
Solekan mata cat eye rona pelangi dengan padanan gaya rambut inspirasi zaman 90-an sebenarnya antara solekan yang menjadi bualan ramai. Jika kamu lihat betul-betul solekan ini ala-ala Britney-meets-Barbie gitu. Ada mesej sebenarnya di sebalik solekan Lizzo ini. Ia bersempena dengan bulan Pride.
Hanya satu perkataan tentang look Lizzo yang ini, EVERYTHING. Daripada stail rambut finger waves itu, solekan mata epik dan juga kuku rona merah jambu pastel, kesemuanya tampak cantik. Mainan gincu bibir berona ombre merah juga di layang dengan cukup sempurna. Solekan mata bersayap dengan teknik solekan mata cut crease oleh Alexx Mayo ini juga antara solekan mata yang paling glamor pernah di gaya Lizzo.
Solekan Lizzo untuk Glastonbury 2019 yang masih ditata riaskan oleh Alexx Mayo ini juga salah satu solekan kegemaran kami. Lizzo yang nampak cukup cantik dengan mainan rona palet merah jambu di wajah. Baik merah jambu lembut mahupun garang. Dan satu yang kami sukakan tentang solekan ini, keseluruhan look ini tampak clean dan moden. Dengan padanan ponytail tinggi kemudian solekan hanya tertumpu pada bahagian mata. Itu sahaja sudah cukup memukau.
Lizzo tanpa sebarang mekap tebal. Ini look pilihan nombor 1 kami. Hanya mainan rona mata ungu kusam kemudian dipadankan dengan gloss di bibir. Nampak manis dan natural, dalam pada masa yang sama masih seksi. Kemudian rambut pula dibiar lepas bersahaja. Mungkin ini gaya harian Lizzo jika tidak menghadirkan diri ke mana-mana majlis anugerah atau membuat persembahan.
Apa pandangan anda?