Posted on April 10, 2020
Siapa tidak kenal dengan influencer kecantikan James Charles ini. Baru-baru ini, dia sekali lagi telah menjadi perhatian dunia apabila dilihat memuat naik foto wajahnya yang disolek seolah-olah seperti didera. Buat kamu yang mungkin tidak tahu, Charles memuat naik foto tersebut bersempena trend yang semakin popular di platform TikTok di mana kamu harus merakam foto mugshot, seperti kamu diberkas polis.
Trend #mugshotchallenge ini sebenarnya kalau diikutkan tidaklah terlalu popular sebelum ini sehinggalah Charles membuat keputusan untuk menyertai cabaran ini. Apa yang mereka harus lakukan ialah mencipta atau menyolek wajah seakan-akan penjenayah kemudian bergambar berdindingkan latar putih. Ada yang memilih untuk menyarung eyeliner bersepah, ada yang menyarung tatu sementara di leher mereka, ada yang mengenakan solekan seolah dipukul.
Walaupun trend itu tidaklah seberjaya mana sebelum ini kerana ramai menganggap cabaran itu bakal mencipta kontroversi dan secara tidak langsung tidak menghormati sesetengah komuniti seperti bangsa kulit hitam dan latin. Namun, tidak bagi Charles. Dia seolah memekakkan telinga serta membutakan matanya kerana dia dilihat memuat naik gambarnya mengenakan solekan hidung berdarah serta mata lebam. Gambar itu tidak memiliki sebarang kapsyen.
Kemarahan netizen bukan sahaja membuak di laman Instagram, malah terbawa-bawa sehingga ke Twitter. Ada yang mengatakan Charles langsung tiada sifat sensitif dan hormat terhadap mangsa-mangsa dera di luar sana.
Ia langsung tidak seronok untuk memiliki wajah lebam dan tidak mampu untuk melindungnya. Mungkin saya terlalu sensitif akan tetapi foto ini benar-benar buat saya rasa tidak selesa kerana saya juga punya lebam sebegini, malah saya tidak boleh membuangnya sesuka hati seperti solekan. Ia membuatkan saya rasa seperti seorang yang jijik.
Tidak mahu membuat orang ramai keliru dengan fotonya itu, Charles mengambil keputusan untuk menerangkan kepada netizen dengan membalas salah satu status di Twitter. Katanya ia sekadar cabaran dan langsung tiada kena-mengena dengan isu penderaan domestik ini.
hi babe, I’m so sorry that you went through something so awful and traumatic. it’s a tik tok trend going around where people post their “mugshots” and has nothing to do with domestic violence whatsoever. love you
— James Charles (@jamescharles) April 6, 2020
Walaubagaimanapun, pada pendapat saya sendiri, trend sebegini tidak harus dipandang remeh. Seperti kita tahu banyak isu yang boleh mengganggu sensitiviti masyarakat. Jadi pada kamu di luar sana, jika galak bermain TikTok ataupun menyertai sebarang cabaran viral, pastikan kamu tidak tersimpang arah, pastikan juga kamu tahu mana yang baik mahupun yang buruk. Salam Jumaat!
Apa pandangan anda?