Posted on June 10, 2020
Gerakan #BlackLivesMatter masih lagi rancak berlangsung seluruh dunia. Pelbagai isu mula dikupas sedikit demi sedikit dan kali ini melibatkan syarikat kosmetik global. Pada 3 Jun lalu, Pengasas Uoma Beauty, Sharon Chuter, melaung kuat menerusi laman Instagramnya, mengajak kesemua syarikat kosmetik untuk menyertai kempen #PullUpOrShutUp . Tujuannya ialah untuk mengajak semua berkongsi statistik kepelbagaian bangsa yang bekerja untuk jenama mereka serta terang-terangan ingin mereka kongsikan berapa ramai bangsa kulit hitam yang bekerja di syarikat kecantikan hari ini.
Seperti yang kita lihat, sememangnya banyak empayar baik fesyen mahupun kecantikan yang dilihat memuatnaik foto ucapan sebagai tanda sokongan kepada gerakan #BlackLiveMatters , namun bak kata Chuter, sokongan berdasarkan pandangan kasar sahaja tidak cukup.
Your favourite brands are making bold PR statements about their support for the black community. Please ask them how many black employees they have in their organization (HQ and satellite offices ONLY) and how many black people they have in leadership roles. For the next 72 hours DO NOT purchase from any brand and demand they release these figures. Ask them to PULL UP or SHUT UP.
Ada syarikat kosmetik yang menerima cabaran ini dan langsung memuat naik statistik pekerja mereka dengan jujur. Dan ada yang memberi respons tentang ketidakprihatinan mereka terhadap isu ini lalu menawar diri untuk memperbaiki diri di masa akan datang. Namun, ada juga sesetengah yang masih berdegil malah memadam segala komen di Instagram apabila netizen mula mempersoalkan kadar statistik mereka. Hmm, mengapa? Dan yang paling membuatkan kami rasa pelik adalah apabila mereka secara “permukaannya” menunjuk dan memberi tanda sokongan terhadap gerakan ini.
Abaikan sementara kisah itu, mari kami kongsikan, ini antara syarikat kosmetik yang telah berkongsi statistik mereka untuk kempen #PullUpOrShutUp. Untuk informasi penuh, boleh ikuti Instagram khas, @pullupforchange
1- Kylie Cosmetics
https://www.instagram.com/p/CBJt0HlHfgg/
2- Ouai
https://www.instagram.com/p/CBEuIUAFTS7/
3- Morphe
https://www.instagram.com/p/CBGpEdKH6aN/
4- Beautyblender
https://www.instagram.com/p/CBHuYg9gQYw/
5- KORA Organics
https://www.instagram.com/p/CBM73IejfYS/
6- Lush Australia
https://www.instagram.com/p/CBNUtEdgy2z/
Ini sebenarnya satu cabaran yang baik untuk disahut semua syarikat-syarikat besar bukan sahaja yang berada di dalam industri kecantikan. Ini kerana, menerusi cabaran ini, kita sama-sama dapat mengutuhkan lagi didikan kempen yang berlangsung serius di seluruh dunia ini.
Apa pandangan anda?